"Hentikan pornography, begitu juga selebriti, instafamous dan sesiapa sahaja yang selalu posting video, gambar s*ksi, l*cah dan menggiurkan juga benda pelik-pelik yang tiada manfaat demi likes dan kepentingan peribadi kalian. TOLONGLAH HENTIKAN."
Itu teguran terbuka selebriti Yatt Hamzah kepada mereka yang bergelar 'public figure' dan memiliki ramai peminat. Golongan ini memiliki 'kuasa' mempengaruhi para pengikutnya sama ada berbuat baik atau sebaliknya. Jadi Yatt merasa bertanggungjawab untuk menegur mereka supaya tidak berterusan bermaksiat.
IG
Peringatannya itu adalah rentetan ramai rakyat Malaysia terjebak menonton filem l*cah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Kekesalannya berterusan kerana masih ada lagi mereka yang bergelar 'public figure' ini menayangkan gambar dan video s*ksi semata-mata untuk meraih populariti.
"Hentikan dosa-dosa mengundang bencana, dan akibatnya ditangggung oleh semua termasuk yang tak bersalah."
IG
Yatt juga menyebut hadis Nabi bahawa hukum melihat aurat orang lain adalah HARAM. Apatah lagi melihat bahan yang mengandungi unsur l*cah yang boleh membangkitkan syahwat, ia juga haram.
Ig
Warganet mempunyai pelbagai pendapat. Ada yang bersetuju dan tidak kurang yang mengecam teguran Yatt tersebut.
|