|
Edited by mbhcsf at 25-3-2020 02:00 PM
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM)
SERUAN SOLAT HAJAT KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA
Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menitahkan agar rakyat jelata masing-masing mendirikan Solat Hajat khusus menolak wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada masa kini.
• Oleh itu, saya amat mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menyahut titah KDYMM Tuanku Agong dengan melaksanakannya di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi segala arahan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
• Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:
i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)
• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.
Sekian, terima kasih.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
24 MAC 2020
________________________________________________
sumber pautan asal:
https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri/photos/a.654471384616667/3195004367230010/?type=3&theater
|
|
|
|
|
|
|
|
In sha Allah kita sama2 beramal untuk kesejahteraan dunia
|
|
|
|
|
|
|
|
dengan kebaikan kerajaan ni iols doakan malaysia sembuh covid. walaupun menitik air mata tapi dah terlepas cakap
sumpahan dia kena ratakan masjid di mana2 kawasan yg nak sembuh. sila abaikan kalau mengarut |
|
|
|
|
|
|
| |
|