Masih tidak boleh hadam dengan sikap segelintir masyarakat yang penting diri tidak jujur ketika membuat pemeriksaan kesihatan.
Kredit foto: Google
Terbaru, seorang doktor meluahkan rasa kesalnya di Twitter mengenai tiga sekeluarga yang tidak jujur.
Muhammad Ashraf pada Ahad mendedahkan merawat seorang wanita dan anak perempuannya, manakala suaminya hanya memerhati.
Selesai melakukan pemeiksaan, barulah wanita itu dengan selamba mendedahkan suaminya merupakan individu dalam siasatan (PUI B) jangkitan Covid-19 yang perlu dikuarantin sementara menunggu hasil ujian saringan.
Kredit foto: Twitter
"Saya sudah hilang sabar.
"Awak dan seluruh keluarga memang layak mati dan mereput dalam neraka," tulisnya.
Ramai juga warganet yang turut berasa geram dengan sikap mementingkan diri keluarga berkenaan.
Kredit foto: Twitter
Malah, ada yang meluahkan rasa bimbang bertemu petugas kesihatan kerana khuatir mereka terdedah dengan pesakit yang ramai menipu.
Tak rasa bersalah ke sebarkan virus maut kepada orang lain? - CARI
Post time 24-3-2020 06:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Memang pembunuh. Rot in hell fools
Cara nak dapatkan pemeriksaan ialah sampai kat klinik berdiri 3-5 meter dari staf dan beritahu kau suspek covid bodoh!
Termasuk ahli keluarga suspek kena pegi pemeriksaan, sebelum sampai klinik call dulu supaya staf boleh buat persediaan. Atau dah sampai, mengaku awal berdiri jauh sikit dari orang ramai
Suspek dan famili kena pegi buat pemeriksaan walaupun result MAYBE DAPAT NEGATIF
Post time 24-3-2020 06:53 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Marah je diorang doktor, biar lantak nak report, takda masa nak layan report sendiri yg tak jujur membahayakan orang lain. Tak kira apa jenis org marah je, biar buka mata sikit benda tu boleh merebak ke sapa2 , bukannya C19 pandai pilih tu doktor tak boleh jangkit kat dia kena jangkit kat tabligh je ehh
Post time 24-3-2020 07:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesalahan hanya pada suami sebab masih keluar rumah. Disebabkan suami status PUI, saringan tak akan dibuat pada isteri dan anak. Close contact dikira apabila suaminya sah positif.
Post time 24-3-2020 07:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pui kena kuarantin kan diri sebab tu aku tidak sokong kuarantin sendiri sendiri ni. Anjay. Ya saya sokong kata doktor ni . Melampau betul anjay anjay ni.
Post time 24-3-2020 07:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Treating walk in patient yang belum PUI tak sama dgn yang dah confirmed PUI. Dr dan staff hospital kena pakai pakaian hazmat kalau nak berhampiran PUI ni. Baju hazmat tu bukan semua staff kena pakai hanya pakai bila handle PUI dgn positive covid.
Dah lakinya PUI, wife tu pulak relax je pulak tak cakap awal2, memang merentan la mana-mana perawat pun. Sesuai sangat may they rot in hell tu. Dasarrr sangat.
Post time 24-3-2020 08:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by syadq at 24-3-2020 08:22 PM
jazaa100 replied at 24-3-2020 07:21 PM
Dia tak bgtau laki dia (+) covid.....jadi doktor treat dia mcm patient lain....klu doa bgtau awal ...
Ok so ni kes dah terlepas masuk tak bagitau masa awal sampai klinik. Bila dah byk kes tertipu patutnya doktor pon jangan la percaya bulat-bulat cakap patient.