Hari ini, genap hari keenam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas diumumkan kerajaan pada tempoh hari.
Meskipun perintah ini bertujuan untuk mengurangkan penyebaran Covid-19, masih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang masih bercuti di luar negara.
Turut tidak terlepas, Fikry Ibrahim juga ada berkongsi sebuah video yang menunjukkan dia sedang berada di dalam kapal terbang, sekali gus menimbulkan persoalan buat para peminat, dimanakah tanggungjawab beliau sebagai seorang rakyat Malaysia?
"Goodbye Malaysia. Maaf kalau saya penting diri, tapi saya terpaksa"
Di akhir video tersebut, rupa-rupanya Fikry Ibrahim hanyalah merakamkan diri sendiri di hadapan televisyen dengan video suasana kapal terbang. Nampak real betul!
Video tersebut mendapat reaksi lucu peminat yang turut terhibur dengan telatah Fikry Ibrahim.
"Ingat kapal terbang dia pakai sliding door"
Kredit foto: Twitter
"Dia ni asalnya pelawak"
Kredit foto: Twitter
"Baru nak maki"
Kredit foto: Twitter
Fikry Ibrahim juga ada meletakkan tanda pagar #stayathome dengan harapan rakyat Malaysia terus duduk di rumah demi keselamatan negara. Just stay at home, okey! - CARI |