Sejak 18 Mac - Kebanyakan wilayah di Negara China kini dilanda angin kencang yang serentak mendorong terjadinya kebakaran (akibat cuaca panas) di semak, hutan, pergunungan, pinggir jalan, kilang, rumah, taman perumahan, bangunan apartment, mall etc. Susulan angin ribut kuat yang mampu mencampakkan manusia di jalanan, kebakaran merebak dan sukar dikawal. Malah sungai-sungai juga menjadi berombak seakan musim tengkujuh.
Di kebanyakan tempat, pasukan bomba kelihatan gagal hadir bagi memadamkan kebakaran.
Bangunan apartment di Wuhan terbakar.
Hospital di Chongking meletup, kebakaran meletus.
Kebakaran hutan di Yanqing, Beijing merebak menghampiri seterusnya membakar sebuah perkampungan.
Bukit di Laoshan, Shandong terbakar.
Bamboo Forest Hotel di Xiangyang, Hubei terbakar.
Kilang besar di Chongqing terbakar.Bahagian mall di bawah blok apartment di Lishui terbakar.
Data dari syarikat telekomunikasi China Mobile melaporkan mereka telah kehilangan sekitar 8.116 juta pelanggan hanya dalam tempoh dua bulan, Januari dan Februari 2020. Kemana mereka semua? Bertukar ke telco lain? hilang phone? hilang langganan telco akibat hilang kerja? atau tidak dapat guna smartphone di alam barzakh?
sumber: bit.ly/2QxDobi
Satu lagi telco, China Telecommunications hilang 5.6 juta pelanggan pada Februari 2020.
Di China, nombor telefon didaftar terus pada ID card, dilarang ada banyak akaun telco, dan dihubungkan terus ke dua mobile ewallet WeChat Pay dan Alipay. Bahkan gelandangan pun guna ewallet di China.