Bagai menjerat diri sendiri, aktres popular Maya Karin dikecam warganet apabila bersetuju dengan pendapat seorang lelaki yang keluar bersenam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu membabitkan Perunding Kardiologi, Dr Ong Hean Teik yang menegaskan tempoh ini bukanlah perintah berkurung, tetapi bertujuan menghalang himpunan ramai dan memastikan jarak sosial.
Dek kerana bersetuju dengan pendapat tersebut, Maya Karin dituduh tidak peka dengan pandemik Covid-19 ini. Lebih memalukan kerana Maya sendiri adalah selebriti yang berjuang untuk alam sekitar tetapi ingkar dengan arahan kerajaan?
Twitter
Di dalam kekalutan perintah berkurung ini, pendapat Maya ini tidak membantu malahan membuatkan lebih ramai panik.
IG
Berikutan itu Maya kemudiannya meminta maaf di atas kekhilafannya. Permohonan maafnya dibuat dalam beberapa kicauan berasingan.
IG
Biar pun begitu, perbahasan masih berterusan dan nama Maya Karin masih trending di Twitter hingga saat ini.
Apa yang menariknya selepas beberapa jam Maya meminta maaf, Astro Awani menerbitkan video pendek Maya memberi nasihat kepada rakyat Malaysia supaya kekal berada di rumah. Amat bertentangan dengan pendapatnya sebelum ini. Tidak dapat dipastikan sama ada ianya direkod sebelum atau selepas ianya trending.
Dalam masa sama, Adibah Noor memuat naik klip video ramai selebriti meminta agar rakyat Malaysia terus berada di rumah.
Apa pun, penangan Covid-19 memang dasyat. Tersilap cakap pasti akan dicerca dan sebagai selebriti, Maya Karin sepatutnya lebih peka dengan suasana genting saat ini. - CARI
|