CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 0

SOALAN BERKENAAN COVID-19, APA DALIL DAN BUKTI IA ADALAH AZAB?

[Copy link]
Post time 20-3-2020 06:15 PM | Show all posts |Read mode
SOALAN BERKENAAN COVID-19, APA DALIL DAN BUKTI IA ADALAH AZAB?

Apa dalil yang menunjukkan wabak penyakit ini adalah azab? Adakah cukup kita berinteraksi dengan wabak ini secara tabi’i, tanpa mengaitkannya dengan azab? Bagaimana boleh kita samakan covid-19 dengan Ta’un? Bukankah ia berbeza?

Jawapannya:

1. Di dalam Al-Quran, jika kita buka ayat-ayat berkenaan azab dan kemurkaan Allah, kebanyakan Ulama Salaf akan mentafsirkan dengan Ta’un, contohnya dalam ayat 59 Surah Al-Baqarah, ayat 134 Surah Al-‘Araf majoriti Mufassirin menafsirkan الرجز dengan Ta’un. Demikian juga ayat 243 dalam Surah Al-Baqarah yang menunjukkan asal berkenaan azab yang diturunkan oleh Allah kepada Bani Israil yang disebutkan oleh Nabi Sallallahu’alainiwasallam dalam bentuk Ta’un (wabak penyakit) itu memang ada.

Kata putusnya dalam isu ini adalah hadith Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, apabila disebutkan berkenaan wabak penyakit (dalam riwayat lain: Ta’un):

رجز أو عذاب، عذب به بغض الأمم، ثم بقي منه بقية فيذهب المرة ويأتي الأخرى، فمن سمع به بأرض فلا يقدمن عليه، ومن كان بأرض فلا يخرج فرارا منه

“ Ia adalah Rijzun atau Azab, yang diazab dengannya sebahagian umat (terdahulu), KEMUDIAN IA BERBAKI ada waktu dia pergi dan ada waktu dia datang semula pada waktu yang lain, barangsiapa yang telah dengar kemunculannya di sebuah tempat maka janganlah mendatanginya, dan barangsiapa yang berada di tempat (yang sudah merebak penyakit) janganlah keluar darinya untuk melarikan diri darinya”. [ HR Al-Bukhari no:6974 ]

Pointnya di sini Nabi Sallallahu’alaihiwasallam menyebutkan ianya berbaki, dimanakah saki bakinya itu?

Boleh rujuk post ana berkenaan Epidemik/Pandemik: Azab untuk Kafir, Rahmat dan Syahadah Untuk Mukmin di pautan ini:

https://www.facebook.com/1000015 ... 87910061268985/?d=n

2. Kemudian dalil yang menunjukkan wabak penyakit ini azab adalah apa yang disabdakan oleh Nabi Sallallahu’alaihiwasallam:

‎ لم تَظهرِ الفاحشةُ في قومٍ قطُّ إلَّا ظَهرَ فيهمُ الطَّاعونُ والأوجاعُ الَّتي لم تَكن في أسلافِهم

" Tidaklah terzahir (berleluasanya) Al-Fahisyah ( zina, liwat dan seumpamanya ) dalam suatu kaum pun melainkan akan terzahir pada mereka Ta'un (wabak pandemik) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah berlaku kepada golongan terdahulu di kalangan mereka".

[ Sahih Ad-Dalaail An-Nubuwwah lil Wadi'i no: 650, Syeikh Muqbil menghukum hadith ini sebagai hasan ]

Boleh juga rujuk post ana di pautan ini:

https://www.facebook.com/1000015 ... 71896789536978/?d=n

3. Ketika berlakunya wabak Ta’un para sahabat meriwayatkan hadith-hadith berkenaan bid’ah dan maksiat yang akan tersebar sebagai bentuk tarhib dan tasdiq kepada Dalaail Nubuwwah juga bentuk Amar Makruf Nahi Mungkar antaranya adalah apa yang diriwayatkan oleh ‘Abs Al-Ghifari RA berkenaan enam perkara yang akan berlaku antaranya munculnya golongan yang menjadikan Al-Quran sebagai nyanyian. Ini menunjukkan hal tersebut memang berlaku dan ianya adalah bid’ah yang mengundang azab dan bala bencana. [ Rujuk Musannaf Ibnu Abi Syaibah 7/529, Musnad Ahmad 3/494 ]

4. Berkenaan pertanyaan adakah boleh kita menyamakan antara Ta’un dan Covid-19, ana katakan kita tidak samakan ia dari segenap sudut, bahkan kita lihat ia bertepatan dengan hadith-hadith Nabi yang menyebutkan berkenaan wabak penyakit yang tidak pernah berlaku kepada golongan terdahulu.

Boleh rujuk post ana di sini:

https://www.facebook.com/1000015 ... 82935441766446/?d=n

https://www.facebook.com/1000015 ... 91010190958971/?d=n

5. Jika ada pertanyaan apa amalan selain doa, taubat dan menjaga kebersihan, dan lain-lain yang perlu kita lakukan ? maka rujuklah pautan ini:

Cara Mengangkat Wabak Dan Bala Bencana:

https://www.facebook.com/1000015 ... 88147961245194/?d=n

Amar Makruf Nahi Mungkar :

https://www.facebook.com/1000015 ... 71896789536978/?d=n

Perintah supaya melazimi rumah ( tidak keluar melainkan sekadar hajat ) ( Social Distance )

https://www.facebook.com/1000015 ... 83766878349969/?d=n

Larangan membuat perhimpunan besar, atau solat hajat menolak wabak: ( Sosial Distance )

https://www.facebook.com/1000015 ... 82253911834599/?d=n

6. Bagaimana pula kalau ada sesetengah negara seperti China, Taiwan dan lain-lain yang berjaya menurunkan kadar pesakit yang berjangkit, bukankah itu menunjukkan mereka berjaya melawan azab atau kemurkaan Tuhan?

Jawapannya: Sila rujuk dalam ayat 134-135 surah Al-‘Araf, azab dan bala bencana seperti Ta’un dan sembilan lagi ayat (azab) yang ditimpa Allah kepada Firaun dan penduduk Mesir ketika itu telah diangkat oleh Allah melalui doa Nabi Musa namun mereka masih tidak beriman bahkan bertambah kufur dan ingkar, dan ia tidak menunjukkan keredhaan Allah kepada firaun, bahkan tujuan Allah mengangkat azab tersebut dari mereka adalah untuk menambahkan lagi kesombongan dan kekufuran.

Demikian jugalah kalau wabak penyakit itu berlaku di negara kafir lalu ia dapat diatasi, ia tidak menunjukkan hal tersebut diredhai oleh Allah, bahkan boleh jadi Allah SWT hendak menambahkan lagi kekufuran, kesombongan mereka di dunia dan di akhirat bagi mereka azab yang pedih. Berbeza dengan orang beriman, mereka melihat wabak penyakit ini adalah azab yang mengingatkan mereka kepada kekuasaan Allah, sebab itulah mereka bertambah yakin dan beriman kepada Allah dan RasulNya.

Boleh rujuk sisi azabnya di post ini:

https://www.facebook.com/1000015 ... 92624337464223/?d=n

Wallahu’alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.047754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list