Meskipun pelbagai nasihat malahan rayuan daripada Perdana Menteri kepada rakyat negara ini supaya duduk di rumah dalam masa 2 minggu ini, namun nampaknya masih ramai yang berdegil.
Memetik laporan Harian Metro, malam tadi pihak polis mendapati ramai yang memandu keluar rumah dan memberikan pelbagai alasan ketika ditahan.
Ini termasuklah ingin menjemput isteri, teman wanita dan menziarahi keluarga.
Foto: Harian Metro
Satu operasi dilakukan oleh pihak polis di Bangsar South dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur malam tadi bagi menguatkuasakan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
“Kita juga akan buat di masjid, surau dan tempat-tempat tumpuan seperti di KL Sentral serta bangunan pejabat.
“Pemeriksaan premis perniagaan yang dijalankan juga dapati masih ada premis yang bukan dikategorikan dalam ‘essential service’ (perkhidmatan perlu) masih menjalankan perniagaan dan mereka dinasihatkan untuk menutup perniagaan seperti diarahkan,” kata Ketua Polis Daerah Brickfields.
Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@ Hilmi juga berkata orang rama dinasihatkan mematuhi arahan dan di rumah sahaja buat masa ini.
Kepada semua pihak, sila berikan kerjasama dalam menghalang wabak Covid 19 ini semakin merebak di seluruh negara. - CARI
Post time 19-3-2020 12:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
msdummy.2018: u olsss..i nie dhlah mmg kena kerja straight pnjg quarantin nie..merentas selangor - wilayah-selangor-wilayahbalik kul 6.30.....roadblock kul braper n ...
Kalau dah company yg dibenarkan kerajaan bekerja apa yg u nak risaukan?
Kalau company patut tutup, kenapa masih bekerja?
Post time 19-3-2020 01:42 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kasihan pada pasukan polis dan penguatkuasa kena hadap mereka yg degil ini. Diri sendiri pun ada risiko terdedah pada virus. Ada anak isteri di rumah juga menanti mereka seperti kalian. Sesungguhnya mereka yg berjuang di barisan hadapan (polis, askar, doktor, healthcare workers etc.) are the true heroes here. Bukan artis2 sampah idola masyarakat. Semoga tuhan merahmati dan melindungi mereka yg ikhlas menjalankan tanggungjawab demi menjaga kemaslahatan ummah.
Dah ada doktor yang bersuara yang rakan2 sekerja mereka ada yang dah kena jangkitan ketika bertugas dan kena kuarantin 14 hari jadi mereka makin kekurangan kaki tangan. Punca sebab mereka yang ada simpton tak nak berterus terang mengaku yang mereka ada contact denagn pesakit positif, baru balik dari luar negara atau ada pergi majlis di masjid Sri Kembangan etc.
it's hard for the people to stay at home unless its a war to them.
i just hope they will obey the orders, for the beneficial of all.
as for me, i work as a PR and marketing for a private hospital in PJ, still have to come to work although nothing much we can do in the office here, except risking of exposure to the virus. Sigh....
Post time 19-3-2020 03:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Artemesiaa replied at 19-3-2020 02:24 PM
Dah ada doktor yang bersuara yang rakan2 sekerja mereka ada yang dah kena jangkitan ketika bertuga ...
Yeah i've heard. Kasihan kan? Kerana segelintir perangai manusia pentingkan diri sendiri nyawa manusia yg tidak bersalah jadi taruhan. Kalau ada doktor atau jururawat yg meninggal kerana berjuang memerangi wabak merekalah yg sebenarnya layak mati syahid. Bukan seperti puak T itu yg claim kononnya berjihad dan redha mati syahid tapi sebenarnya menyebarkan penyakit dan mengancam nyawa orang ramai.