Kredit foto: Tatler Malaysia
Semalam, Dato' Redzuawan bin Ismail atau Chef Wan telah memaklumkan pengikut Instagramnya yang bekas isteri beliau, Norhayate binti Ayub telah meninggal dunia di hospital Ampang kerana komplikasi kencing manis dan buah pinggang.
Norhayate dengan anak-anak, Serina dan Chef Riz. Kredit foto: Hotlips Corner
Chef Wan pernah berkahwin dengan Norhayate pada tahun 1982 dan bercerai pada tahun 1985. Chef Wan mempunyai dua orang anak dengan Norhayate iaitu pelakon, Serina Redzuawan dan Chef Riz.
Serina juga ada memuatnaik status di laman Instagramnya berkenaan berita sedih ini. “Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada arwah ibu,” tulisnya.
Tahun lepas, Chef Wan ada menulis mengenai keadaan Norhayate yang masuk hospital dan tidak sedarkan diri untuk beberapa hari kerana penyakitnya. Chef Wan 'meleter' di instagram kerana kecewa Norhayate tidak menjaga makan dan bersenam sedangkan dia mempunyai peyakit darah tinggi dan kencing manis.
Marilah kita semua bersedekah Al-Fatihah kepada arwah dan berdoa agar Norhayate binti Ayub ditempatkan di kalangan orang beriman. Takziah pada Chef Wan, Serina, Chef Riz dan keluarga.- CARI
|