View: 4775|Reply: 51
|
Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Akaun 2 KWSP, Netizen Sokong Cadangan Najib
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan. Kredit foto: The Malaysian Reserve
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seharusnya mempertimbangkan cadangan memberi kelonggaran kepada para pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada baki akaun 2 mereka ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya langkah itu boleh membantu mereka mengharungi masa yang amat sukar ketika ini.
Najib Tun Razak. Kredit foto: Facebook
"Sebagai ganti rugi dan juga untuk memulihkan simpanan usia tua pencarum yang telah terjejas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) patut memberi peluang kepada KWSP untuk mendapat projek-projek khas yang memberi pulangan besar.
"Seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) masa saya Perdana Menteri dengan projek Battersea, projek Kwasa Damansara dan pampasan tahunan kepada Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS)," katanya melalui laman Facebook beliau.
Saranan Najib yang popular dengan gelaran Bossku itu disambut baik oleh para netizen.
Mereka berpandangan, pengeluaran sebahagian wang akaun 2 KWSP akan mengelakkan mereka daripada berhutang untuk menampung kos sara hidup.
Lebih-lebih lagi, kata netizen, kedudukan kewangan mereka terjejas teruk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.
Kredit foto: Facebook
Sekiranya cadangan itu dilaksanakan, netizen berharap KWSP membenarkan proses permohonan pengeluaran dilakukan secara dalam talian.
Kaedah itu bertujuan mengelakkan risiko penularan COVID-19 sekiranya urusan permohonan dilakukan melalui kaunter.
Kredit foto: Facebook
Keprihatinan kerajaan dan KWSP dalam cadangan ini pasti sangat membantu ramai rakyat yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Semoga DSN kembali jd Men. Kewangan..
#rinduzamannajib |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup bossku..ade btul gak kata somi kak mah ni..time kuarantin yg 14hari ni mgkin bos masih boleh bagi lagi cuti bergaji..misal kata kalu kuarantin dipanjangkan konfem kena cuti tanpa gaji punya..so time tu la perlunya duit dari sumber lain utk cover time takde gaji tu |
|
|
|
|
|
|
|
chicozinn: Hidup bossku..ade btul gak kata somi kak mah ni..time kuarantin yg 14hari ni mgkin bos masih boleh bagi lagi cuti bergaji..misal kata kalu kuarantin d ...
Sekarang ni pun kelam kabut lagi. Ada majikan tak nak bayar gaji. Atau suruh datang kerja jugak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggungjawab. Tu la beli keta beli tudung mahai beli mekap beli segala produk timbang kilo suplemen pi jenjalan air aisia bagai beli phone beli internet tp baru xkerja 2 minggu dh meggelupor |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 22-3-2020 03:21 PM
Apa ramai xde planning kewangan ke? Cemaner la hidup apatah klau ada anak bini? Sungguh xbertanggung ...
Sedihkan...
Selagi ada bukit nak ditarah, selagi itu tak penat2 tarah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa yg bru withdraw akaun ke 2 kesian betul. Bg je la option nk keluar akaun 1 or 2, dah tentu2 kwsp duit kita bukan duit gomen. Suka hati kita la buat keputusan. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju kalau akaun 2 sahaja. akaun 1 jgn diusik |
|
|
|
|
|
|
|
sarahmirza replied at 22-3-2020 02:28 PM
Sedihkan...
Selagi ada bukit nak ditarah, selagi itu tak penat2 tarah...
Tu la nnti habis duit, dh tua lg menyusahkan. Zaman medsos ni rasanya ramai yg hidup diluar kemampuan. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.
Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan baik dalam UT, ASB, TH, Emas, REIT just in case.
(tak termasuk cash simpan obc )
FP aku terbaik kan? Aku yakin kau pun takde FP sebegini. Tapi sembang.
Tapi Allah uji aku masa tu, biz melingkup selain asbab member baik as partner lari dan sempat juga bawa lari cash company.
Steady beb, lepas setahun tutup company dan sub-comp.
Buat biz macam2 lepas tu.. melingkup juga.
Perkara ni terjadi sampai 5 tahun. Habis semua cash dan aset. Murung kejap.
Tapi sekarang Alhamdulillah.
Inikan pula orang lain yang mungkin baru lepas jatuh nak bangun.
Orang lain yang baru kerja.
Orang lain yang struggle kerja macam2 tapi kos hidup semakin tinggi.
Bila kena MCO ni, dah tentu amat terjejas.
Siapa lah KAU nak kecam orang lain takde financial planning. Good-good jew
|
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 22-3-2020 03:41 PM
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.
Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan b ...
Nanti kongsilah pengalaman |
|
|
|
|
|
|
|
Good initiative kalau boleh withdraw acc 2 for current time.
Tapi, acc 2 iols dah nazak. Baru je withdraw untuk bayar rumah |
|
|
|
|
|
|
|
setuju je...kesian yg ada anak ramai tu tp yg keje sorg je...nk beli barg dapur bukan murah skrg ni... |
|
|
|
|
|
|
|
underground replied at 22-3-2020 02:41 PM
Aku pernah ada contigency plan 6 bulan.
Tapi, sebab biz sendiri, aku plan 2 tahun cash simpan b ...
Ofcoz ada financial planning. Klau x, iols xlah amek sabbatical setahun untok enjoy life. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh blh kluar dh x lebih rm500 selama 12bln |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel terus tutup business ke?
Ada dpt saguhati ke tidak? kalau corona tamat boleh dpt balik jwt dlm hotel or kena interview balik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Duduk rumah dua minggu pun dia orang gigih masak itu ini (bukti dari IG & FB) - berjimat celah mana lagu tu? PAtut 2 minggu makan la ala kadar. Ini aii tgk siap order ice-cream Malaysia berpuluh batang utk anak anak di rumah. Order segala makanan yang orang jual online utk dihantar ke rumah.
Hishh .. seriau tgk cara orang Malaysia (some lah kan karang ada pulak yang melompat kata aii tuduh semua orang) berbelanja diketika mereka bakal hilang sumber pendapatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak dah Allah bagi awak ujian. Dgn ujian perniagaan juga ujian kesihatan maka dgn itu adalah baiknya awak insaf dan jaga budibahasa sesama maknusia bila berforum.
Semoga kesihatan awak diberi keringanan dari Allah SWT.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|