Menerusi laporan Sinar Harian, jenazah lelaki warga tempatan yang merupakan antara dua kes kematian pertama disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 di negara ini telah dilaporkan selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Johor Bahru kira-kira jam 9 malam.
Muhammad Yusuf Bin Haron,34, dikebumikan di Tanah Perkuburan Bakar Batu, Johor Bahru. Difahamkan tiada sesiapa mahupun ahli keluarga terdekat arwah dibenarkan mendekati jenazah buat kali terakhir gara-gara prosedur pengkebumian yang sangat ketat.
Kredit foto Astro awani
Jenazah diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 ini.
Kira-kira 10 lelaki berpakaian lengkap dengan peralatan perlindungan peribadi (PPE) mengangkat jenazah yang telah siap dikapankan menggunakan pengusung hospital.
Kredit foto: Astro Awani
Dilaporkan lelaki itu mengalami gejala demam mulai 5 Mac lalu sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif Covid -19.
Keadaan kesihatannya didapati merosot dan kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia.
Arwah meninggalkan seorang balu yang turut dijangkiti Covid-19 dan 6 orang anak yang di mana 5 orang anaknya turut positif wabak itu.- CARI
Post time 18-3-2020 11:05 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ya Allah sedihnya...bila disahkan convid19, sorg2 kat wad tiada lawatan ahli keluarga..kalau berjaya melawan bolehlah discaj. Tp kalau tewas ,. dr awal warded sampai akhir bersendirian..sedinya..kita x tau pengakhiran kita mcm mana...
Post time 18-3-2020 11:25 AMFrom the mobile phone|Show all posts
RatuDunia94 replied at 18-3-2020 11:15 AM
Of coz jiranw tetangga yg pernah ada kontak pon dlm bahaya..
seminggu kan daripada dia mula ada simptom sampai dia pegi hospital.. ramai la close contact within that period. semoga isteri & anak2 arwah survive. AlFatihah