Kredit foto: Google Images
Tengok tajuk pun anda dah tertanya-tanya. Apa yang The Undertaker dah buat sebenarnya? Adakah lembah tu betul-betul berhantu?
The Undertaker
Kredit foto: When the WWE asked Undertaker to dance as Booker T: the background, sparkchronicles.com
Bagi peminat WWE, anda mungkin tahu yang The Undertaker datang dari bandar Death Valley di California. Hakikatnya, The Undertaker atau nama sebenarnya, Mark Calaway bukanlah datang dari situ, sebaliknya dia berasal dari Houston, Texas.
Tetapi, Death Valley sendiri memang boleh dianggap berhantu kerana kejadian-kejadian pelik di situ. Dari suhu di situ sebagai yang terpanas di dunia ibarat ketuhar panas, sehinggalah kepada batu bergerak sendiri. Betul ke, tu?
Memetik sumber nationalparks.org, fenomena batu bergerak ini dikenali sebagai Sailing Stones. Susah untuk dilihat secara sendiri oleh mana-mana manusia, tetapi ada bukti batu ini bergerak sendiri.
Kesan yang ditinggalkan dari lokasi batu tersebut berada menunjukkan batu tersebut memang pernah bergerak. Undertaker ada buat apa-apa magik ke?
Sailing Stones
Kredit foto: How to Visit Racetrack Playa in Death Valley National Park, earthtrekkers.com
Ada penjelasan nya. Batu-batu ini yang boleh mencapai sehingga 320 kilogram tidaklah mempunyai kuasa mistik untuk bergerak. Terhasil dari dolomite dan syenite iaitu bahan sama yang terdapat pada gunung, batu-batu ini bergerak dengan bantuan sains.
Pada 2014, pasukan yang diketuai ahli paleobiologi, Richard Norris, melaporkan hasil pemerhatian kali pertama di kawasan itu. Mengikut fakta, batu-batu ini tidak akan bergerak sehingga lebih dari 10 tahun, jadi mereka tidak mahu menjalankan kajian dengan membuat pemerhatian secara sendiri.
Death Valley National Park
Kredit foto: Death Valley National Park, britannica.com
Sebaliknya, mereka menggunakan bantuan stesen cuaca beresolusi tinggi. Kawasan kajian mereka merupakan sebuah taman negara rasmi di Amerika, di kawasan Racetrack Playa di Death Valley.
Dijalankan pada musim sejuk 2011, eksperimen dijalankan selama hampir tiga tahun.
Kawasan Racetrack Playa
Kredit foto: BADWATER BASIN, DEATH VALLEY, CA, edgrahamphoto.com
Tak sangka pada Disember 2013, mereka terjumpa sesuatu yang mengejutkan. Richard Norris dan ahli pasukan, James Norris pergi ke Death Valley dan mendapati kawasan Racetrack Playa itu ataupun dipanggil playa menjadi sebuah kolam cetek dengan kedalaman tidak lebih tujuh sentimeter. Kemudian, batu-batu itu didapati bergerak.
Menurut mereka, pergerakan batu-batu ini memerlukan gabungan beberapa situasi. Pertama, kawasan playa yang juga kawasan mendatar dan sangat gersang itu perlu dipenuhi air cukup dalam untuk menghasilkan kawasan berais, tetapi tidak terlampau dalam dan cukup untuk batu-batu itu timbul di permukaan.
Pada waktu tengah malam, suhu sekeliling menjadi sangat sejuk dan kawasan berair ini akan membeku untuk membentuk lapisan ais seperti tingkap, yang cukup nipis tetapi sangat kukuh.
Pada hari-hari yang panas, lapisan ais akan mencair dan berpecah menjadi lapisan yang lebih kecil. Angin-angin yang lalu di situ akan menolak lapisan-lapisan kecil ini sekeliling kawasan playa. Akan ada lapisan yang berlanggar dengan batu-batu itu.
Fenomena Sailing Stones dapat dilihat dengan mata kasar oleh manusia
Kredit foto: How to Visit Racetrack Playa in Death Valley National Park, earthtrekkers.com
Permukaan sekeliling yang licin memudahkan batu itu bergerak. Batu bergerak ini akan meninggalkan jejak pada kawasan tanah yang menjadi lembut di bawah kawasan playa.
Batu-batu ini bergerak dengan kelajuan angin sejauh tiga hingga lima meter per saat, dibawa oleh ais yang tebalnya kurang dari lima milimeter. Mengikut ilmu sains, ais berfungsi untuk mengurangkan geseran.
Terdapat bukti fenomena batu-batu bergerak ini sudah berkurang. Kerana perubahan iklim, ais kurang terjadi pada waktu tengah malam, jadi fenomena sains ini tak akan terjadi. Sebelum tahun 2014, pergerakan batu yang terakhir adalah pada tahun 2006.
Jadi, adakah misteri batu bergerak ini sudah selesai? Ataupun ada perkara ajaib lain yang kita tak tahu? Apa kata anda lawat sendiri ke Death Valley dan jalankan kajian anda.
Kalau anda tanya Undertaker, mungkin beliau ada jawapan yang lain. Siapa tahu? - CARI |