Kredit foto: Instagram Rita Rudaini
Perintah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah solat Jumaat di seluruh Perlis digantikan dengan solat Zohor di rumah masing-masing walaupun setelah mendapat pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai perkembangan Covid-19, serta panduan dan irshad daripada Jawatakuasa Fatwa Negeri Perlis menjadi pertikaian ramai.
Pengumuman tersebut mengundang perdebatan pelbagai pihak termasuklah pelakon Rita Rudaini yang turut tidak bersetuju dengan keputusan itu.
https://www.instagram.com/p/B9qMxL6JVJh/?utm_source=ig_web_copy_link
"Macam tak kena saja, tak payah pergi Jumaat, solat Zohor di rumah? Kalau macam tu, ofis tak payah pergi, kerja di rumah saja. Sekolah tak payah pergi, sekolah di rumah ke macam mana"soal wanita asal Kangar di Instagramnya.
Walau bagaimanapun, ramai pengikutnya tidak bersetuju dengan pendapat Rita.
Orang ramai termasuk artis perlu menghormati dan mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Negeri masing-masing berhubung sebarang arahan pembatalan Solat Jumaat berikutan kebimbangan COVID-19.
Himpunan solat Jumaat tidak mampu mengekang hadirin dari mengikut panduan seperti memakai topeng muka yang banyak habis di pasaran atau menjarakkan kedudukan atau bersalaman, bahkan boleh menyebabkan panik apabila ada hadirin yang bersin atau batuk.
Berlapang dadalah semua ok. - CARI
|