CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6601|Reply: 21

Jaga-jaga! Mainan Anak Terlampau Banyak Punca Stres

[Copy link]
Post time 13-3-2020 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Anak kecil sinonim dengan mainan. Maka, ibu bapa akan teruja untuk membeli pelbagai jenis mainan untuk mereka. Itu tidak termasuk jika saudara dan kawan-kawan membelikan mainan untuk anak. Nah, sudah pasti rumah akan penuh dengan mainan.



Main pandai, tetapi bab mengemas pasti bikin ibu bapa stres. Aduhai, mainan yang banyak kadangkala tidak sempat dikemas. Lebih parah jika terpijak objek kecil, keras atau tajam. Pasti akan menggangu mood anda.





Kredit foto: FB




Perkara ini turut diakui seorang ibu yang tertekan kerana mainan anaknya terlampau banyak serta selalu terpijak jika tidak dikemas.


Menurut Hanisah Zulkifli, dia akan jadi stres bila anak mula membuat sepah dengan mainannya.











Beliau turut memberikan solusi kepada permasalahan tersebut kerana tekanan bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah.










Perkongsiannya telah memberi idea kepada ibu lain untuk membuat perkara sama dan rata-rata bersetuju dengan idea itu yang dikatakan mudah untuk dilakukan serta memberi kebaikan buat ibu dan anak.





Kredit foto: FB





Jadi, selepas ini bolehlah ibu dan ayah tidak pening kepala lagi dengan mainan anak yang banyak. Selamat mencuba. Atau anda ada solusi lebih baik untuk dikongsikan? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni lebih kurang macam abg ipar kakyung la ni... Beli mainan anak2 dia dah macam leh bukak kedai toy r us... Mainan yang sama beli sampai 2 3 pastu biras kakyung mengamuk2 marah anak dia kalau bersepah2.. Hari2 jadi singa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku blum smpi level stress bila tgk toys anak bersepah. Tapi mulut mmg membebel je la bila soh anak kemas & luckily dia dgr cakap. Semua toys sumbat dlm storage bercampur2 jenis.
Ada masanya aku buang toys yg dah rosak.
Tapi toys yg bersepah mmg bole sebabkn injury mcm my fren sorang ni. Kaki terseliuh terpijak toys anak smpi berbalut & bertongkat.
Aku pikir satu je, anak2 akan membesar & matang. Bila mrk dah dok luar sok, umah kita jadi sgt sunyi & kemas. Time tu la kita terbyg mainan anak bersepah atas lantai, suara merengek anak kene paksa kemas. {:childlike
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 11:03 AM | Show all posts
mak yg stress nak... asik la terpijak ketul lego

skrg lego/diecast model dah diharamkan beli dlm umah kami... teetap masalah tak solve...

tera nk besaq kan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak tak suka main mainan tp dia suka remote mouse itu 2 dh cukup
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 11:41 AM | Show all posts
Aku ingatkan budak-budak yang stress. Rupanya mak budak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2020 11:43 AM | Show all posts
part beli mainan
mainan ada yang patah, putus dan yang dah tak macam muka mainan
biasanya aku buang ... dan aku akan pastikan mainan tu anak aku dah puas main dan tak mahu dah mainan tu
so lama kelamaan mainan semakin berkurangan
kalau nak main mainan
anak aku dah pandai cipta permainan sendiri
contoh : pembalut buku transparent tu dorang buat pedang
bila aku balut buku dorang
pembalut tu berkedut
nasib mereka laa buku dibalut dengan pembalut berkedut

one day aku tengok buku yang dibaluti pembalut berkedut tu
dah ok
nampak normal buku

terpulang pada ibubapa cara nak tangani stress tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
aku xkisah. main jelah selagi budak nikmati hidup dgn toys. dah sekolah , nak sibuk buku dah. toys pon da xpeduli time tu. diakui punca stress tp ldg kdg disebabkan punca lain yg stress.toys tu tambahan stress.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2020 12:12 PM | Show all posts
lagi2 klu terpijak lego. halahhhh nk jadi singa rasa
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 02:20 PM | Show all posts
anak buah iols laki umur 4thn.. semua toys dia dlm bilik iols
iols idok la stress cuma naik singa bila mainan sepah2..
kena pandai psg strategi klau nak dia kemas mainan tu semua.. mcm dpt coklat/aiskrim klau kemas~
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 03:02 PM | Show all posts
Anak2 sekarang mainan diorang handphone dengan ipad je. Dah kurang main mainan2 kecik ni lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2020 04:06 PM | Show all posts
oh.. no wonder....................
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli byk2
Dh bsepah sdiri stress
Nak buang sayang.. Kenangan kata anak ai..mmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 memang takleh mainan banyak nanti budak tu overwhelmed. Tiap kali main letak sikit2 je. Kita parents yg pilih apa dorg nak. Kalau dah besar sikit blh bg dorg pilih. Mainan lain simpan dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 09:53 AM | Show all posts
i ni membeli tu memang tak hingat, seronok tengok anak main - main tapi bila dah banyak2, dah bersepah2 mula nak jadi singa bila tak terkemas..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2020 11:47 AM | Show all posts
hahaha true story...wa paling tak lupa terpijak bijik lego ye...macam terpijak batu rasanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2020 02:47 PM | Show all posts
Kemas before bedtime udahler. Pastu suruh main dlm bilik je. Telatah toddler disuruh mengemas lucu ok. Terhibur aku tengok dia mengemas. Macam2 bunyi keluar
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2020 01:45 AM | Show all posts
suruhlah kemas sendiri,
my daughter dari umur 2 tahun dah kemas mainan sendiri..
semua benda boleh asuh...

dan yepp my daughter banyak mainan tapi ajar dia, jika
dia nak main train set, simpan lain dulu, nak main lego,
simpan train set dulu etc
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2020 08:39 PM | Show all posts
aku mengalami masalah yg same,mainan dari besar sampai yg kecik bersepah,
tapi nk buat cmne,mase kecik ni la nk layankan aje
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat kan aku je ada masalah terpijak mainan anak sakit oi lagi2 robot2 kaki tgn sume yg kecik2 tu. Dh la main kjp, nanti rosak patah sana sini. Sdr2 ada atas sofa, ada celah pintu. Kt toilet pun ada. Bertempik la jgk dgn anak2 bila terpijak tu. Tp dorang ni tak pernah plk kena
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.298974 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list