"Hati-hati, masalah depresi adalah benar"
Pelakon, Amar Asyraf baru-baru ini, terpalit kontroversi selepas seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman membuat pendedahan mengenai hubungan mereka.
Ia bertambah rumit apabila rumah tangga bersama isteri kedua, Vivy Jeffry turut terdedah dan berakhir dengan perpisahan, November lalu.
Bagaimanapun, beliau bersyukur perkara tersebut tidak menjejaskan kerjaya lakonannya.
"Alhamdulillah, saya tak terima sebarang pembatalan tawaran disebabkan kontroversi ini. Kebanyakan produksi menyokong saya kerana apa yang berlaku adalah kisah peribadi.
"Saya jaga kerja, saya juga tak pernah membiarkan kisah peribadi menjejaskan kerjaya walaupun apa yang berlaku memberikan tekanan mental pada saya.
"Impak dari segi psikologi disebabkan kontroversi, saya menukar laman Instagram (IG) kepada private dan menutup ruangan komen," katanya kepada BH Online.
Amar berkata, sejak itu beliau kurang aktif di IG dan lebih banyak melakukan kerja lain dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Kredit foto: Facebook Amar Asyraf
Sehingga kini, Amar masih enggan mengulas berhubung kes perceraian dengan bekas isteri keduanya, Vivi Jeffry.
"Saya tidak mahu berkongsi kisah peribadi, tetapi apa yang boleh saya cakap, setiap manusia melakukan kesilapan. Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan dan percaturan dalam hidup.
"Saya letak semua kesalahan atas diri sendiri, saya tidak mahu menyalahkan sesiapa. Dan kesalahan sudah dilakukan dan saya perlu memperbetulkannya," katanya lagi.
Menurutnya, dia hanya ada seorang isteri, Arna Salleh yang dinikahi pada 7 Jun 2013.
Kredit foto: Facebook Amar Ayraf
Itulah. Tak usahlah buat sesuatu yang boleh memalukan diri sendiri.
Jagalah maruah dan moral sebagai seorang anak seni dan jauhi perkara yang boleh menimbulkan kontroversi sehingga tertabur pasir ke periuk nasi sendiri. - CARI |