"Tak semua orang boleh bawa filem aksi dengan baik."
Dalam kemas kini terbarunya di Instagram, Datuk Fizz Fairuz mendakwa filem aksi tidak semestinya memerlukan pelakonnya memiliki tubuh sasa untuk menjayakan watak.
Sebaliknya, lakonan mantap sangat dititikberatkan dalam menjayakan sesebuah naskhah.
Kredit foto: IG
"Tak semestinya badan kena ketul-ketul baru boleh buat filem lagak aksi hahaha. Acting kena power juga, bergerak sekali lah.
"Kalau kroni ok, kompom lepas ko, lepas ko, lepas ko ko... sampai bila-bilalah," tulisnya.
Dalam hantaran itu, Fizz sertakan sekali gambarnya terbaring ketika penggambaran filem Coast Guard.
Kredit foto: IG
Dibarisi bintang hebat seperti Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Hazam, Sabri Yunus, Julia Farhana dan Emma Maembong, filem arahan Hashim Rejab itu dijangka menemui penonton pada Ogos depan.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati beberapa warganet membuat spekulasi Fizz sebenarnya menujukan posting itu kepada pelakon Hairul Azreen.
Kredit foto: IG
Rasanya, betul ke Fizz menyindir Hairul tu? - CARI
|