Kredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Tak perlu lauk mewah tapi dia punya sedap lain macam. Kalau tak ada masa atau idea nak masak, sup telur ala chinese style ni boleh dijadikan hidangan paling ringkas.
Kalau tengah-tengah malam rasa lapar, lebih baik buat sup telur daripada pesan makanan segera atau makan mee segera.
Malah, lauk yang jenis berkuah seperti sup ini boleh membantu mengurangkan rasa tak sedap badan dan membantu juga demam lebih cepat berlalu pergi.
Jom tengok resepinya.
Kredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Bahan utama:
- Bawang putih (cincang halus)
- Halia (cincang halus)
- Kiub pati ayam (tiada MSG)
- Filamen ketam (dihiris nipis)
- Telur ayam (dibancuh)
- Tepung jagung (dibancuh)
Kredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Cara memasaknya:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
Kredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang dan minyak bijan.
Kredit foto: Zurina Zulkefli Via Facebook Masak Apa Hari Ini
Selamat mencuba. - CARI |