Lelaki yang juga bekerja sebagai tukang cermin ditahan polis kerana mencuri seluar dalam wanita.
Harian Metro melaporkan, suspek berusia 37 tahun dirakam sedang mencuri seluar dalam wanita di ampaian rumah mangsa di Bandar Country Homes, Rawang.
Gambar hiasan
Susulan menerima laporan daripada mangsa, 30, polis menahan lelaki terbabit di Kota Emerald, Rawang semalam.
Difahamkan, mangsa menyedari pakaian dalamnya itu hilang dipercayai dicuri jam 10 pagi kelmarin.
“Beberapa bulan lalu, dia menyedari pakaian dalamnya kerap hilang. Dia kemudian membuat semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati lelaki berkulit cerah yang tidak dikenali, memakai topi dan mengambil seluar dalamnya.
Kredit foto: Harian Metro
“Mangsa membuat laporan pada 6.15 petang semalam dan mengalami kerugian RM600,” kata Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe.
Suspek yang tidak memiliki rekod jenayah lampau disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. - CARI |