Pelbagai alasan diberikan mereka yang ditangkap khalwat sehingga ada kala tidak masuk dek akal.
Terbaru, Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang dicekup berkhalwat di sebuah rumah di tepi kilang topi keledar di Jalan Sungai Korok, di Jitra, semalam memberi alasan tidak munasabah. Katanya, dia hanya menjaga teman wanitanya yang demam.
Gambar hiasan
Bertindak atas maklumat orang awam, Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) memberkas lelaki berusia 33 tahun itu dicekup berkhalwat dengan janda berusia 40 tahun pada jam 12.50 tengah malam.
"Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu rumah itu dibuka seorang wanita selepas kira-kira lapan minit.
“Ketika itu, wanita terbabit ditemui memakai kemeja-T dan berkain batik dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.
“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui lelaki itu ditemui bersembunyi di sebalik baju yang digantung dalam bilik berkenaan dan dia hanya berseluar pendek tanpa baju,” kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib.
Kredit foto: Harian Metro
Pasangan itu kemudian mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri dan dibawa ke pejabat agama untuk diambil keterangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya. - CARI |