Di dalam instagram Asmidar, dia berkata; "Ini merupakan hadiah hari jadi terbaik. Saya telah dipilih untuk menghiasi muka depan sebuah majalah Jepun. Majalah yang berkongsi tentang budaya di Malaysia. Terima kasih kepada kawan saya @akinora dan @che_kem_ yang memperkenalkan kami,"
Ruangan komen untuk intagram ini dipenuhi dengan pujian dan turut mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.
Majalah WAU isu no.23 ini merupakan isu mengenai kebudayaan Malaysia. Turut mengisi kolum dalam majalah ialah sesi bicara Asmidar dalam bidang nyanyian lagu tradisional asli. Selain daripada itu, pengisian seperti makanan Malaysia, teater tradisional Main Puteri, dan filem Dendam Pontianak juga telah dipilih untuk mengisi majalah ini.
Majalah tersebut boleh didapati di laman sesawang hatimalaysia.com dan boleh juga didapati di kedai buku Kinokuniya. -
CARI