Ingin membuat kelainan ketika hari lahir akhirnya bertukar menjadi tragedi apabila suami dan dua rakan kepada seorang personaliti media sosial maut.
Kejadian di Moscow itu bermula apabila Yakaterina Didenko, 29 mengambil keputusan membuat kelainan dengan memasukkan ais kering sebanyak 25 kg ke dalam renang.
Kredit foto: carian internet
Ia bertujuan mewujudkan kesan visual yang luar biasa dan juga mengagumkan tetamu yang hadiah.
Memetik laporan The Independent, Yakaterina yang merupakan ahli farmasi suka berkongsi tip kepada para pengikutnya.
Ketika kejadian, sebaik sahaja ais kering dimasukkan ke dalam kolam renang itu, tetamu yang hadir menjadi sesak nafas dan mula tidak sedarkan diri.
Malang sekali, suaminya Valentin Didenko, 32 turut meninggal dunia dalam kejadian itu.
Pihak berkuasa berkata beberapa tetamu turut cedera dalam kejadian itu namun tidak menyatakan jumlah sebenar mereka yang terbabit.
Punca kematian juga masih belum dipastikan, namun ia dikatakan ada kaitan dengan wap yang dihasilkan ais kering yang menyebabkan tahap karbon dioksida dalam darah meningkat.
Didenko memiliki lebih 1 juta pengikut di Instagram miliknya. - CARI
|