Kredit foto: Facebook Justin Hinton
Tak sengaja! Seorang wartawan, Justin Hinton secara tidak sengaja membuka fungsi filter di Facebook ketika sedang melaporkan cuaca salji yang melanda North Carolina, USA secara langsung.
Video tular tersebut sehingga kini sudah meraih lebih 1.07 juta tontonan di laman Twitter CNN.
Justin menerusi hantaran Facebooknya memaklumkan tidak menyedari perkara itu sehinggalah beliau selesai melaksanakan tugas dan melihat komen dari penonton.
Apapun, semua warga maya berasa terhibur sehingga ada yang keluar air mata menahan tawa apabila menonton video itu.
Kredit foto: Facebook Justin Hinton
Justin sendiri tidak menyangka perkara tersebut berlaku dan berasa gembira kerana telah menghiburkan orang ramai.
Mungkin Justin secara tak sengaja telah mencetuskan idea baru bagi penyampai cuaca?
Selamat tinggal pada laporan cuaca yang hambar dan membosankan. - CARI |