CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2624|Reply: 12

Dr Maszlee Malik Sedih, Kecewa Kes Ustazah Didenda Merangkak Depan Murid

[Copy link]
Post time 27-2-2020 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Masih kecoh lagi tentang video di mana seorang guru telah dihukum merangkak oleh seorang wanita dipercayai ibu kepada murid dalam kelas tersebut.





Kejadian ini dipercayai berlaku kepada Ustazah di Madrasah Ad Diniah Islamiah parit 15, Bagan Datoh, Perak. Wanita berkenaan dikatakan Naik angin selepas anaknya didenda sehingga cedera dan mengakibatkan anaknya trauma untuk datang ke sekolah.


Rata-rata netizen dan para guru mengkritik tindakan wanita tersebut yang agak keterlaluan dan telah menjatuhkan martabat seorang guru. Bagi netizen, kedudukan seorang guru itu sangat mulia, mereka wajar dihormati.


Kredit foto: FB Asmahadi As Ad-Dimasyiqi





Malah, perkara ini turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. Beliau merasa sedih dan kecewa setelah melihat video tersebut. Menerusi tulisannya, seorang guru ialah insan yang tinggi martabatnya, Kita tidak akan jadi siapa kita hari ini tanpa insan bernama 'guru'.


Tambahnya lagi, tidak sepatutnya kejadian seperti itu berlaku ketika Kita telah masuk ke dalam tahun 2020 hari ini. Isu ini harus kita tangani dalam keadaan berhemah, mengambil kira tingginya martabat seorang guru dan adab sopan santun terhadap guru yang telah Kita amalkan sejak dari dulu sebagai norma masyarakat.


Walau bagaimanapun, semalam menerusi FB Bagan Datuk Kini, telah dikongsikan bahawasanya kes tersebut telah selesai dan permohonan maaf telah dibuat oleh kedua-dua pihak.





Jika dahulu, apabila dimarahi guru, Kita takut hendak mengadu dekat ibu bapa sebab pasti kita kena balik. Kefahaman ibu bapa dahulu, kita pasti buat salah sekiranya dihukum guru. Ibu bapa dahulu sangat menghormati guru, kerana keberkatan didikkan seorang guru itu yang menjadikan seseorang itu berjaya dan menjadi manusia. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 12:52 PM | Show all posts
Bodohnya parent mcm ni..

zaman aku sekolah lagi haruk sis.. ni setakat merangkak je pun..

Aku dulu kena tarik rambut lek je.. jadi je orang skrg..

kalau rasa tak boleh terima ank kena denda smp KONONnya sakit,

Jadi la mcm aqish.. HOME SCHOOL.. APOOOOOO
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 01:13 PM | Show all posts
ada info mengatakan ustazah ni denda 16 round, aku kalau 1, 2 round boleh la.kalau dah 16 round merangkak sampai budak pun trauma tak nak pergi sekolah, takkan kau jadi mak bapak biarkan aja..

takyah cakap la aku dulu kena tarik rambut la,tarik puting tetek la sekarang jadi jer manusia..lanchioowwww
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
nuno replied at 27-2-2020 01:13 PM
ada info mengatakan ustazah ni denda 16 round, aku kalau 1, 2 round boleh la.kalau dah 16 round mera ...

Takut exaggerated je 16 rounds tu. Bab hukum anak murid merangkak tu memang tak patut pun. Ustazah ada salah dia tapi mak budak tu lagi teruk
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 01:51 PM | Show all posts
aku tanak blame mak jahnam nih

tp aku nak blame ustazah ni

yg ko baghal sgt gi merangkak tu dah nape
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 02:29 PM | Show all posts
Dende sikit pun parent dah melenting. Macam tu ajar anak sendiri lah kat rumah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2020 02:31 PM | Show all posts
tagas replied at 27-2-2020 01:51 PM
aku tanak blame mak jahnam nih

tp aku nak blame ustazah ni

Hahaha mungkin dia Rasa bersalah kot..Tu yg dia ikut jer
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2020 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ctcheery replied at 27-2-2020 02:31 PM
Hahaha mungkin dia Rasa bersalah kot..Tu yg dia ikut jer


punye la pembaris
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2020 08:52 PM | Show all posts
kalau kecewa, buat merangkak sama supaya ustazah kuat
#ustazahkuatselepasmaszleejugamerangkak #buktikankesedihan

@ctcheery avatar muka siapa ?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:46 AM | Show all posts
sisgaranghokey replied at 27-2-2020 12:52 PM
Bodohnya parent mcm ni..

zaman aku sekolah lagi haruk sis.. ni setakat merangkak je pun..

aqish tu form berapa? tak gi skola?
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 09:51 AM | Show all posts
nuno replied at 27-2-2020 01:13 PM
ada info mengatakan ustazah ni denda 16 round, aku kalau 1, 2 round boleh la.kalau dah 16 round mera ...

kalau dah byk round tu, mana mak pak tak hangin. setakat seround dua, ok lagi.
mesti mak pak ckp, "awak tu tak dgr ckp cikgu"

aku dulu kena denda masa sekolah
1. berdiri
2. lps tu diri atas kusi
3. lps tu diri atas meja
4. berdiri luar kelas
5. yg tak boleh aku lupa, cikgu lelaki ni tumbuk kat tangan di bahu (sb tak buat keje sekolah dlm buku, buat dlm kertas)
(dia tumbuk kawan (pompuan), hampir nak terjatuh kwn tu.

bagi aku tak patut la, buat je..bukan tak buat langsung....

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 10:16 AM | Show all posts
iznanaziz replied at 28-2-2020 09:46 AM
aqish tu form berapa? tak gi skola?

rasanya mmg tak pegi sekolah.. dia belajar semua dekat rumah.. ada cikgu dtg rumah.. costing tinggi sisturrr...

umur aqish rasa nya skrg 12 or 13 tahun skrg...



Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2020 11:38 PM | Show all posts
Aku akan karma kan ustazah itu.

Anak aku nyawa aku.

Aku belum berkahwin ye baru perasan muahahhahahhhah

menyelami perasaan seorang emak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.074727 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list