Tipulah jika anda tidak tahu tiga lagu di atas ini. Lagu-lagu Bunkface boleh dikatakan sering dimainkan di corong radio dan mudah untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat. Malah, lirik-lirik lagu mereka yang catchy membuatkan ianya lebih seronok untuk dinyanyi bersama.
Sumber Gambar: The Star Online
Terbaru, Bunkface baru sahaja memuat naik muzik video lagu terbaru mereka yang bertajuk Akhir Zaman di platform Youtube. Namun, tidak sampai sehari selepas dimuat naik, lagu mereka sudah pun menerima kecaman daripada para peminat.
Lirik Yang Menyebarkan Kebencian
Dalam lagu Akhir Zaman, Bunkface ada meletakkan lirik yang mengecam dan mendiskriminasi komuniti Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT). Baris lirik tersebut dianggap terlalu offensive dan boleh menyebarkan sikap kebencian kepada komuniti ini.
"LGBT Boleh Pergi Mampus"
Malah, beberapa peminat beranggapan Bunkface tidak perlu menambah lagi masalah di Malaysia yang kini sedang dalam krisis politik. Tambah mereka lagi, Bunkface menggunakan taktik murahan untuk kembali relevan dan mendapat perhatian peminat setelah lama mendiamkan diri.
Lebih parah, ada gerakan peminat yang mahu melaporkan muzik video ini kepada Youtube kerana dianggap menyebarkan kebencian dan diskriminasi kepada komuniti LGBT.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Berikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. Buat anda yang masih belum dengar lagu tersebut, boleh tonton di link di bawah! - CARI
Post time 27-2-2020 01:06 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hahaha sblm klik terkutuk dlm hati.. eh bukan kate sam ade gf nk kawen dh ke..tak sangka lgbt.... Adoiiii ampun sam... I merangkak minta maaf cm ustazah ni...
Post time 27-2-2020 01:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
LindaCat replied at 27-2-2020 12:36 PM
aku xpham yg perjuang kan nasib golongan LGBT ni..sedang puak2 ni nk menderma darah pun xboleh..so d ...
Teringat seorg model kononnya antarabangsa mempersoalkan kenapa gay tak leh derma darah. Siap ckp sokey kalau tipu masa isi form sbb niat baik. Pala otak nenek kamu berjambul la buat mcm tu