Kebelakangan ini, industri hiburan negara dikejutkan dengan kematian beberapa selebriti muda ketika tidur. Pemergian yang mengejutkan ramai pihak, kerana selain faktor umur yang masih muda, mereka ini menjalani kehidupan yang sihat, malah tidak menghidap sebarang penyakit.
Kredit foto: IG sitisarahraissuddin
Kejadian tersebut kini secara langsung memberi kesan kepada sesiapa sahaja terutama golongan wanita yang bergelar isteri. Para isteri merasa bimbang dan paranoid kehilangan suami dalam cara yang sama. Walaupun mereka sedar bahawasanya, ajal maut itu di tangan Allah S.W.T. Kita hanya mampu melalui perancangan yang telah diaturkan.
Penyanyi Siti Sarah turut merasai perkara yang sama, menyatakan kebimbangannya melalui Instagram apabila menyedari Syuib Sepahtu tidur tidak bergerak.
Walau bagaimanapun, melalui perkongsian tersebut, peminat turut berkongsikan kebimbangan yang sama di ruang komen. Tak kurang jugak memuji kemesraan pasangan tersebut dan komen balas syuib menjadi bahan usikan peminat.
Hari ini Siti Sarah menzahirkan kata-kata romantis buat Syuib Sepahtu sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9 tahun.
Rata-rata peminat mendoakan pasangan tersebut dipermudahkan urusan dan bahagia hingga ke Jannah.
Pasangan ini berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 8, DZahira Talita Zahra, 5, dan Ariq Matin yang berusia 3 tahun.- CARI
|