Kasih bertaut kembali nampaknya, sering dilihat keluar bersama, Bella Astillah seolah memberi bayangan bahawa mereka kembali dilamun cinta dan bakal berbaik semula. Betulke?
Kredit foto: IG Bella Astillah
Namun begitu, jika sebelum ini rata-rata netizen tak faham kenapa Bella mahu terus menyakiti dirinya dan kembali ke pangkuan lelaki yang sentiasa menyakiti hatinya, tapi ternyata kini, ramai peminat seolah menyokong jika Bella dan Alif kembali bersama.
Gosip tersebut muncul apabila baru-baru ini Bella telah memuat naik sebuah foto di laman Instagram dengan kapsyen keterujaannya kerana dapat bercuti panjang.
Kredit foto: IG Bella Astillah
Kemudian, di ruangan komen terdapat pertanyaan daripada Aliff bertanyakan sama ada dia akan datang ke Singapura atau tidak, namun telahpun dipadam.
Bella sempat memberi jawapan ringkas berbunyi "@aliffaziz91 see you soon love" yang menguatkan lagi desas-desus mereka bakal rujuk semula.
Kali ini, netizen member reaksi positif dan mendoakan mereka kembali bersama jika ada jodoh. Ada juga segelintir netizen yang berharap Aliff tidak mensia-siakan peluang kedua yang diberikan dan mula belajar dari kesilapan lampau.
Terdahulu, Bella tidak menolak untuk menerima kembali bekas suaminya jika itu yang terbaik untuk kehidupan anak mereka. Dia juga berkata tiada rasa benci terhadap Aliff Aziz atas semua yang terjadi.- CARI |