CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5118|Reply: 32

Lim Kit Siang Dikesan Di Lapangan Terbang, Mahu Ke Mana Tu?

[Copy link]
Post time 25-2-2020 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Lim Kit Siang dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Kredit foto: Facebook


Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau merancang untuk melarikan diri ke luar negara berikutan pembubaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari.


Desas-desus itu timbul apabila Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dikesan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang oleh orang ramai.


Gambar beliau sedang menunggu di lapangan terbang tersebut seterusnya ditularkan dalam media sosial dengan kapsyen seperti "Kit Siang di kesan berada di airport, mau lari ka...?" dan "Mohon standby di airport, tahan pemimpin DAP, PKR, PAN yang nak lari keluar negara - Azri".


Kredit foto: cinca


Kit Siang menjelaskan, beliau sebenarnya sedang menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur pada 23 Februari bagi menghadiri kes seorang wakil rakyat DAP, P. Gunasekaran di mahkamah.


"Malah, tidak terlintas dalam fikiran mana-mana pemimpin DAP untuk melarikan diri dari Malaysia kerana kami bukan pencuri, perompak atau samseng.

"Tetapi (kami ialah) rakyat Malaysia yang mahu menyelamatkan Malaysia daripada terjunam dalam kancah negara gagal, tidak menghormati undang-undang dan kleptokratik," katanya dalam kenyataan yang disiarkan melalui laman blog Lim Kit Siang for Malaysia.


Gambar yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook


Beliau menambah, semua lelaki dan wanita dalam DAP mahu melakukan kebaikan terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama atau wilayah.


Kit Siang berkata, mereka menyertai politik kerana percaya bahawa bidang itu adalah jujur, dihormati dan mulia dalam usaha menjadikan Malaysia negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.


"Ahli-ahli politik yang kotor dan bukannya politik, dan kami berpegang kepada kepercayaan ini," jelasnya.


Perbezaan fahaman politik tidak seharusnya dijadikan 'lesen' untuk menyebarkan berita palsu tentang pihak lawan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow. Uncle duduk sebelah amoi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:16 AM | Show all posts
sekali imbas tgk mcm apek2 biasa je
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:20 AM | Show all posts
maybe dia nak tenangkan hatik tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:27 AM | Show all posts
Kakakakakakah
atuk LKS jangan jadi maciam itu Najib sama Losmah mau lali pigi Indon lepas kalah PRU tempohari.
Nasib baik polis cepat pigi tangkap itu lahanat dua ekor
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:34 AM | Show all posts
dah kena kencing baru ingat rakyat & petik balik janji2 manismu dulu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mau lari maa
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mfzg89: dah kena kencing baru ingat rakyat & petik balik janji2 manismu dulu....


Dia bajet suci la pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dorang tak merompak pon mcm boss kau so lek2 je ye
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:48 AM | Show all posts
muncetnya dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:48 AM | Show all posts
siasat apek ni bawah berita palsu.  takkan takde isu finah dia sebar pasca pru14 dulu.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
akakdendeng replied at 25-2-2020 11:16 AM
sekali imbas tgk mcm apek2 biasa je

memang dia apek biase je..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:51 AM | Show all posts
he is not relevant anymore....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:52 AM | Show all posts
tahan..tahan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kata nak bersara. Now is the time
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 12:12 PM | Show all posts
dia nk g jumpa anak dia kt putrajaya tu kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-2-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda: dorang tak merompak pon mcm boss kau so lek2 je ye


Koyak nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
confessorlady replied at 25-2-2020 11:20 AM
maybe dia nak tenangkan hatik tuh

Aku purcayaaaa lim niii mmg sayang semua kaum kat mesia nii.. tengok muka dia pun aku dah tauu dia mmg bakk hatiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 25-2-2020 11:51 AM
he is not relevant anymore....

Dr dulu tak releven.. ckp bahasa melayu pun goh goh gah.. tp dia fasih ajar anak dia jd pakar ekonomi
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2020 01:08 PM | Show all posts
LKS kat mane? anda kat mane...ade lagu kan?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.062663 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list