Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger
Dibina di atas tanah berkeluasan 28 hektar dan merupakan sebahagian daripada perancangan Bandar Sukan JDT, Stadium Sultan Ibrahim melakar sejarah menjadi stadium tercanggih di rantau Asia Tenggara.
Bandar Sukan JDT turut menempatkan hotel, pangsapuri, pusat membeli-belah, padang ragbi, gelanggang tenis dan beberapa fasiliti sukan moden.
Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger
Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger
Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang ini mencapai piawaian badan induk bola sepak antarabangsa (FIFA) turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan moden dan sistem bunyi yang canggih.
Acara pelancaran Stadium Sultan Ibrahim penuh gilang gemilang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 Februari 2020. Anda boleh saksikan video penuh majis pelancaran stadium tersebut di sini.
Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger
JDT secara rasmi akan menggunakan stadium tersebut untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan bermula hujung bulan ini dan menentang Kedah pada aksi pembuka tirai Liga Super serta merebut Piala Sumbangsih.
Kredit Foto - FB Johor Southern Tiger
Kredit Foto - Twitter
Stadium ini dibina dengan nilai RM200 juta sejak Januari 2016 dengan kapasiti penonton seramai 40,000 orang.
Pasti meriah tengok bola di stadium baru ini kelak. - CARI
|