KUALA LUMPUR, 25 Feb — Sindiran warga maya meletakkan wajah Azwan Ali sebagai perdana menteri kabinet bayangan tidak diterima bekas pengacara TV itu.
Azwan, 54, berkata pihak tidak bertanggungjawab menghasilkan poster berkenaan akan berdepan tindakan saman.
“Sidang media tergempar kes saman pihak yang muatkan poster ini. Semua media dijemput hadir,” coretnya di Twitter hari ini.
Bekas pengacara Muzik-Muzik berkata sidang media itu akan diadakan hari ini namun lokasinya akan dimaklumkan kemudian.
Tular sejak semalam poster satira kabinet bayangan 2020 memparkan Azwan sebagai perdana menteri.
Tidak ketinggalan timbalannya dinamakan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
Turut berada dalam senarai jutawan Datuk Seri Hasmiza Othman sebagai menteri kewangan. |