Kredit Foto - Instagram Dato' Sri Siti Nurhaliza
Single terbaru penyanyi nombor satu Malaysia Dato' Sri Siti Nurhaliza baru sahaja dilancarkan semalam.
Dalam masa dua jam, lagu tersebut menduduki carta teratas iTunes.
Namun, dalam masa yang sama juga, ramai individu tidak bertanggungjawab telah memuatnaik secara haram di saluran Youtube masing-masing.
Dato' Siti menerusi Instagramnya telah berkongsi kekecewaannya mengenai perkara itu.
"Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya.
Bantu saya dan report akaun berkenaan ya. Terima kasih, " tulisnya di ruang kapsyen.
Ada saja pihak yang untung atas angin. Sokonglah dan hormatilah hakcipta karya insan seni.- CARI
|