Seekor kucing betina sarat bunting ditemui dalam keadaan menyayat hati. Dibunuh kejam dengan kedua biji mata dikorek keluar dan badan dibakar. Lebih menyedihkan apabila ia dipercayai dijadikan bahan pemujaan apabila beberapa peralatan pemujaan seperti lilin dan colok ditemui di tempat jasad bangkai kucing dibakar.
Kejadian disedari berlaku pada 17 Februari 2020 di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru Johor apabila bangkai kucing betina yang sarat bunting ini yang telah 3 hari hilang dari perkarangan rumah pemilik ditemui berdekatan rumah jirannya sendiri dalam keadaan amat menyedihkan.
Setelah diperiksa keliling kawasan. Tiada kesan kemalangan jalan raya mengakibatkan kucing betina bunting ini seperti darah di atas tar jalan. Tubuh kucing malang ini juga tidak menunjukkan kesan kemalangan seperti pecah bahagian kepala, kemekan wajah atau tubuh akibat digilis roda kenderaan.
Ia dipercayai dibunuh kejam terlebih dahulu dengan kedua-dua mata dikorek keluar dan sebelah matanya masih tergantung terjuntai keluar dengan kesan darah.
Animal Malaysia ketika dihubungi oleh pemilik yang sedih dengan kejadian telah memaklumkan kepada Ketua Animal Malaysia Negeri Johor Puan Veda Shree Shan supaya hal ini dipanjangkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor agar satu siasatan khas dapat dilakukan untuk menjejak pelaku ganas, kejam dan zalim. Selain itu satu laporan Polis telah dibuat oleh pemilik sebagai prosedur agar siasatan dibuat mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Sesiapa sahaja yang dapat membantu siasatan ini dengan memberi pembuktian pelaku yang disyaki. Mohon tampil supaya proses keadilan dapat ditegakkan terhadap kucing betina bunting yang mati akibat dizalimi ini. Animal Malaysia menawarkan ganjaran RM5,000.00 jika kes berjaya dirungkai sehingga ke peringkat dakwaan dan berjaya dijatuhi hukuman.
Segala info kezaliman ini bileh diajukan terus ke Whatsapp Hotline +601120901097. Maklumat lengkap dan sahih amat membantu menguatkan penyiasatan. Maklumat diri saksi dirahsiakan sepenuhnya.
teringat dulu ada jiran kepada mak sedara iols suruh ustaz ni sembahyang hajat bagi orang mati... dia bayar 3 ribu katanya tapi dosa tak nak tanggung...
mestilah tiada videonya... tak sempat nak rakam melihat kegilaan indon...
hanya ada video indon keling hantar colok ke kuil
gambar colok indon sembah nyi roro kidul pun banyak di google
Post time 19-2-2020 10:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
horux replied at 19-2-2020 09:49 PM
sarung berasal dari indon zaman dinosaur yg dibawa keling balik ke negare asalnye
https://a ...
Kalau blog picisan indon tulis dan terpampang IP owner country indon, babi pun belum tentu nak percaya. Cuba la bagi wikipedia, wikipedia tu kena ada sumber kukuh dan semestinya tak boleh saja2 nak submit info tanpa sumber dan kelulusan.