Foto: IG
Walaupun terpalit dengan kontroversi menceraikan isteri keduanya dengan talak tiga, namun Amar Asyraf kata kehidupannya berjalan seperti biasa.
"Sebenarnya saya tak mahu ulas lebih lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi," katanya kepada mStar Online.
Amar dan Vivi, Foto: Google
Pada 28 Januari lepas, Vivi Jeffry mendedahkan yang dia sudah diceraikan namun Ammar enggan bekerjasama untuk menguruskan proses penceraian di mahkamah.
Dalam masa yang sama, Amar memberitahu segala tindakannya diketahui oleh isteri pertama, Arna Salleh.
Amar dan Arna, Foto: Google
"Isteri minta jangan kongsi apa-apa cerita sebab apa sahaja kebaikan kita buat tetap orang kata kita salah," tambahnya.
Harap segalanya dipermudahkan buat Amar dan keluarga. -CARI |