Seorang lelaki yang menjalani pembedahan batin atau pada kemaluannya terpaksa menanggung derita lebih lagi apabila mengalami ereksi kekal selepas itu.
Memetik laporan Daily Record, James Scott sebelum ini mengalami kecederaan serius selepas mengalami kemalangan ditimpa kaca seberat 1.5 tan di tempat kerjanya empat tahun lalu.
Kemalangan itu menyebabkan dia cedera teruk di bahagian kelangkang, patah tulang pinggul, luka di kedua kaki dan saluran kencing tersumbat.
Kredit foto: Daily record
Susulan itu, lelaki ini menjalani pembedahan pada kemaluannya bagi merawat masalah batin dua tahun lalu.
Namun, keadaan memburuk apabila dia mengalami ereksi berpanjangan sehinggakan untuk menyarung seluar juga begitu sukar baginya.
Masalah itu juga menyebabkan dia tidak dapat meluangkan masa yang banyak dengan anak perempuannya yang berusia 9 tahun.
"Saya kini mengalami ereksi yang kekal dan saya berasa sakit teramat sangat.
"Saya tak dapat nak sentuhnya. Ia adalah satu mimpi ngeri," katanya.
Malah, James mendakwa doktor tidak mahu datang ke rumahnya untuk merawat masalah itu. - CARI |