Wanita ini mengimbas kembali pengalaman pelajar perempuan yang pernah diraba di sekolah. Masing-masing menyimpan kemarahan kepada guru-guru yang membuat 'spot check' ini.
Google
Bagi mereka, jika ada pelajar yang menipu sekalipun, itu adalah antara soal mereka dengan Pencipta. Mengapa perlu cikgu pula yang campur tangan?
Rupa-rupanya bukan sahaja pelajar perempuan yang terkena, tetapi juga pelajar lelaki. Mereka diperiksa badan untuk mengetahui ada rokok atau pun tidak.
Manakala bagi pelajar-pelajar di era gajet pula, ada guru yang memeriksa badan pelajarnya bagi mencari telefon bimbit!
Persoalannya, wajarkah tindakan guru-guru ini? Adakah ia juga dikategorikan sebagai gangguan seksual? Anda ada pengalaman diraba? -
CARI