Netizen yang mengikuti posting tersebut terus membanjiri ruangan komen foto itu.
Rata-ratanya menegur tindakan Vivy berkongsi gambar tersebut tanpa meneliti kewajarannya untuk dipamerkan di media sosial.
Kredit foto: Astro Gempak/IG
Walaupun ramai yang mengecam, ada juga yang menganggap Vivy tidak sengaja berkongsi foto tersebut. Terlepas pandang barangkali.
Kredit foto: IG
Penghijrahan Vivy untuk memakai hijab selepas berkahwin menurutnya sebelum ini, tidak mempunyai unsur paksaan daripada mana-mana pihak.
Untuk rekod, Vivy dan Fadza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Mungkin Vivy tak sengaja. Husnuzon sajalah, kan? -
CARI