CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2571|Reply: 16

Suami mempermaisurikan isteri? Th real road to jannah kekdahnyaa..ape pendapat p

[Copy link]
Post time 19-2-2020 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Apa nak buat kalau suami balik kerja jam 6.30ptg dan isteri mahu makan sharp jam 8mlm?

Seorang suami yang berkerjaya dan bukan jenis bewok idop, ada anak kecil lebih dari 1, dan isteri pula jenis balik kerja nak lihat rumah dan anak semuanya tenang terurus..dan... nak makan hasil air tangan suami di rumah.. kan kata sunnah suami masakkan dan sediakan makan untuk anak isteri.... At least ada dua lauk.

Telan air liur kejap ye suami.

Boleh tercepit jiwa raga antara penat dan tanggung jawab!

Saya kira ini soalan menarik untuk dikongsi. Mungkin ramai sahabat bapa-bapa yang dalam senyap mengalami tekanan mengurus konflik ini.

Take a deep breath.
Allah kan ada?

Apa yang saya syorkan ni mungkin agak padat bagi kebiasaan bapa-bapa.

Tetapi, mungkin juga boleh jadi guideline big picture kronologi rutin harian yang mungkin boleh bantu suami yang tak tahu nak start dari mana..nak buat macam mana...untuk lihat dari sudut berbeza.

Yang meraikan apa yang suami mahu kawal dan elakkan dan apa yang isteri x suka.

Kita taknak pertikaikan 'kenapa'
Tapi yang kita nak fokus adalah 'bagaimana'

Dan..bila uoll baca ni. Pandanglah dari sudut yang baik baik.

Here it goes. Bismillah.

Dalam apa jua keadaan yang perlu kita lalui. Always start dengan mind.

1- Reset otak, kita sedang main game. Ada levelnya.

Kira on ur mark, get set, GO! Ha kene rasa camtu. Baru thrill. layannnn. Happy happy sahaja. Cara  gerak pun kene macam orang tengah main game.... kan apak-apak sekalian... macam kalian main PUBG kekdahnye....

Haha. Memang macam tak masuk akal. But then, untuk kita manage badan yang lelah penat bekerja seharian, kita hanya ada satu CHOICE. Mainkan otak!

2- Dalam kereta, otw back home siap siap beli roti ke cekodok, buah..lempeng..chocolate bar snickers ke...NGAP dengan senang hati untuk alas perut.

3- Sampai je rumah,  terus masuk toilet jangan pandang kanan kiri, mandikan anak anak. Ya! Mandikan. Takya nak suruh berdikari sangat. Ini bukan masanya. Mandikan. Wangikan. Gosok sampai kilat anak tu.

Hehehe. Isteri happy bila anak fresh. Biar je isteri kalian siapkan diri sendiri dlm bilik, jangan lupa skincare jangan sampai habis stok.

Satu anak mandi tak sampai pun 5 minit.

4- Lepas tu siapkan anak baju bedak semua dalam bilik. Make sure bilik kunci. Buka aircon atau kipas. Spray bilik biar wangi semebak. Buka cerita untuk anak tonton sementara kita urus diri...yang penting anak tenang kat dalam bilik tak merayap keluar.

Hadkan masa urus anak 10 minit sahaja. Ni tak perlu kelam kabut pun. Bebual la dengan anak sambil mandikan tu.

5- Settle anak, pak pulak mandi. Pak mandi pun takya lama lama. 5 minit. Dah.

Maka cukuplah 15 minit sesi mandi dan freshkan diri. Kene mandi supaya dapat recharge energy.

Kalau terus buat kerja dapur, u akan menyumpah penat tak sudah!

7pm

6- Bawa anak anak masuk dapur. Kat lantai dapur sediakan satu ruang, atau paling tak pun buat petak guna scotch tape kat atas lantai area dapur.

Buat deal siap siap ngan anak. Sediakan mainan yang u reserve, yang anak suka, hanya untuk main pada waktu u masak. Dan u boleh pantau.

Untuk kes bapa ini, anaknya 5 thn dan 3 thn. Dan isterinya tak suka anak tengok tv. Dan bapa ni tak senang hati bila isteri tegur itu ini aktiviti yang anak buat.

Dan aktiviti yang isterinya syorkan menurut si suami adalah aktiviti yang memerlukan bantuan orang dewasa.

Huhuhu comel sangat cerita ni kan. Tapi yes..apa yang kita boleh buat adalah fokus apa yang kita boleh kawal. Jangan sibuk tak puas hati ngan isteri... dah tips pun bagaimana mempermaisurikan isteri khuenn... . We just do what we can do. Thats it.

Communicate ngan isteri untuk terangkan kecelaruan emosi u tu adalah satu proses lain. Just in case, komunikasi tu tak berlaku atau belum berjaya...cuba buat yang no 6 ni.

7- START MASAK. Masa yang diperlukan sebenarnya tak lama. Maksimum 30 min is more than enough DAN JANGAN LUPA ISTERI NAK DUA LAUK. DUA.

Ya. 30 min. So supaya flow lancar, make sure persiapan potong memotong, pembahagian bahan mentah, semua u da siap label 1-5 contohnya. Siapkan on weekend.

Atau bahan mentah seperti ayam ikan, siap siap pindahkan dari bahagian frozen ke bahagian yang bukan frozen sebelum pergi kerja.

Contoh, hari isnin guna semua yang label 1. Jadi takya nak habiskan masa termenung depan fridge pening pening lalat.

Letak timer kalau tak biasa masak laju. Practice makes perfect! Kata tengah main game. Chill dulu. Later bila u da terror, baru nikmatnya tak terkata.

7.45pm

8-Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak anak juga. Unless jemaah ngan isteri. Kalau tak, bawa anak anak solat ngan di bilik.

Kalau u jenis sensitip benor isteri tegur tegur anak, u anggap je la anak tu kembar u. Di mana u ada, di situ anak ada.

8pm

9- MAKAN. YEYYYY!!

Tapi papa. U jangan makan sama. U suap anak anak. Sebab isteri u suka u bebual bebual ngan dia. Kalau u makan sekali dengan anak dan isteri. Mau tercekik nak melayan karenah anak dan borak dengan isteri.

Lagi pun. isteri u jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time u dan anak. Bonding time u dan isteri.. belai-belai manja... sikat rambut....

Belajar untuk hargai masa ini.
Bacalah doa banyak banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir zikir yang baik setiap kali pandang mata isteri saat berborak tu.

30 min makan siapp!

10- KEMAS. Settle sinki. Jangan ada yang tersisa.Mop takya buang masa lap lap lekit sana sini.

Untuk kes sahabat bapa ni, isteri sangat sangat pembersih. Takde makna sinki ada pinggan semalam.  

So?

Ambil lebih kurang maksima 30 min untuk cuci dan bersihkan dish. Suh anak duduk dengan mummy.  Cakap kat anak kuat kuat. Go dengan mummy. Nanti mummy sedih kalau abang tak cerita cerita ngan mummy.

Huhuhu ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat isteri tengokkan anak sekejap.

9pm

11- Sediakan tempat tidur dan bawa anak anak masuk bilik. Tutup lampu sambil tu bolehlah kita solat dalam keadaan gelap. Tenang sikit.

12- COP! Daaaaahtu bilanya apaknya nak makan?

Pas habis solat. Makan! Huhuh ok fine. Ni tak ambil kira bab diet. Kalau diet terpaksa adjust makan dalam kereta otw back home tu atau sebelum solat maghrib

13- Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah isteri sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit. Pakai stokin. Minum air secukupnya. Buka audio quran biar hati bahagia.

14- Disiplinkan diri tidur selewatnya jam 11pm supaya u tak pengsan untuk teruskan perjuangan. Sambil pejam mata syukur Allah beri hidup beri iman beri kasih sayang.

15- Bangun awal sebelum subuh. Dapatkan tahajjud walau dua rakaat.Kekuatan yang u bakal dapat serious amazing biiznillah.

Wallahu A'lam
Bismillah.  Tawakkaltu AlaLLah

Arios amegossss
Luv u apak banyak banyak!

Pak Nisan

#RoadToJannah
#Parenting114


















Harian Metro: "Seorang suami didapati mati lepas isteri yang dipermaisurikan mintak tiga jam pulak lepas tu"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia ni. Sesetengah pompuan buat kje xde sistem.. mana x penat, keje pun x habes
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 10:36 AM | Show all posts
Radzor replied at 19-2-2020 10:13 AM
Bagus dia ni. Sesetengah pompuan buat kje xde sistem.. mana x penat, keje pun x habes










.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow..basically I rasa tu lah rutin rata rata wanita bekerjaya. Nak nak dia pulak fetch anak anak and prepare the house. Letihnya tu lepas tu husband balik mengharapkan everything ready for him

I think untuk perkahwinan its about kerjasama. Tak kisahlah dua dua bekerja or salah seorang bekerja. Susah ya nak bekerjasama ni. Silap hari bulan hubungan intim pun sorang jah kayuh, yang lagi sorang relax menikmati. Ughh i can never imagine that.

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 11:00 AM | Show all posts
hidup dh cukop susah, buat pa bg susah lg,

kedai makan kan ada, beli je lauk kat kedai siam tu, balik masak nasik

klu ada yg sempurna ferfek bertuah lah rumah tangga.. kan, msti x stress , bluek..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 11:47 AM | Show all posts
semlm baca kt fb versi si isteri. sian kena kecam pompuan yg post tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2020 11:54 AM | Show all posts
kah3 lucu weyh..

ditukarkan watak isteri kepada suami.

aku jamin nk cari sorang lelaki mcm ni pun payah malah menghampiri mustahil. kan?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha..lawan jangan tak lawan..
Suami vs isteri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2020 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cammie1711 replied at 19-2-2020 11:47 AM
semlm baca kt fb versi si isteri. sian kena kecam pompuan yg post tu

Patut kena kecam suami dia sbb pemalas ya rabbi..
Harap suami perempuan yg post tu adala rasa malu n berubah jadi rajin setelah kemalasan heols tersebar seluruh ummah
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 12:31 PM | Show all posts
Aku baca posting tu pon urut dada. dah kenapa sampa nak letak anak dlam bilik la, letak tape kat dapur bagai. suami dalam posting tu biawak ke keldai? Zaman sekarang ni laki bini keluar pagi balik dah senja. aku pon malas nak potray diri as perfect mom.

Sampai rumah awal, aku masak. 2 lauk max, aku lagi prefer meal yg all in macam nasik goreng & mee goreng. campak semua dalam satu kuali. sayur pulak timun/salad/tomato/jenis ulam - xpayah masak. x sempat masak aku singgah makan terus, koser nak tapau2 bagai. nanti tambah kerja nak basuh. laki aku x selalu ada kat rumah. anak2 mmg handle sorang2. kalau aku ikut tips fb ni mmg jadi mereng. hari ahad mmg aku kerah laki aku buat kerja sebab hari lain dia dah rileks. harap2 aku x tergolong dalam ketegori isteri2 penghuni neraka kerana tidak merajakan suami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 02:34 PM | Show all posts
pumpkingirl replied at 19-2-2020 12:15 PM
Hahaha..lawan jangan tak lawan..
Suami vs isteri

kahkahkah kannn kita lawan balik... saja je nak usik... tapi ada jugak jejanz yang dah panaihh tu baru baca, belum tahap mengamal...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2020 02:40 PM | Show all posts
azimodin replied at 19-2-2020 12:31 PM
Aku baca posting tu pon urut dada. dah kenapa sampa nak letak anak dlam bilik la, letak tape kat dap ...

Kat mana posting tu. Aku nak tambah lagi tips kat Ummi Nisa ahli sorga tu:
1) Jangan lupa Ummi Nisa rekomen la anak dara belasan tahun kulit putih mulus tak pernah sentuh Sunlight pencuci pinggan ye untuk jadi isteri muda buat bantu laki hang goyang telur. Kesian mesti penat laki hang goyang teloq pakai tangan sendiri.
2) Hang jangan suruh bini muda tu tolong hang pulak baik dari segi kerja pejabat atau kerja rumah sbb kita nak make sure dia sentiasa ready bila laki hang mintak. Biar laki hang rasa oh bahagianya hidup seperti raja. Hang boleh teruskan kerja rumah sbb laki tak suka kotor-kotor ni kan.
3) Nanti bini baru tu beranak hang tolong jaga anak-anak dia sama sbb dia nak pulihkan badan supaya sama-sama dapat merajakan laki habis nifas. Redho suami membawa ke sorga kekdahnya...

Good luck.

p/s: nak jadi bodo jangan ajak orang lain sama

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2020 04:35 PM | Show all posts
ayat bwh skali xberagak..
btol road to jannah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 12:47 PM | Show all posts
I ada baca kat twitter, actually si isteri tu dia post sarcastic jer  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2020 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Chesire_Epilog replied at 20-2-2020 12:47 PM
I ada baca kat twitter, actually si isteri tu dia post sarcastic jer

Yeke? Sbb original post on Facebook seems otherwise. Mmg sejenis isteri yg merajakn suami then ada posting lain on “bertabahlah hati...etc” showing signs of depression.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2020 02:18 PM | Show all posts
korang yg kawen tu jadi raja cuma sehari jek..
takder smpai mati..nak memperajakan, nak mempermaisurikan bagai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2020 02:49 PM | Show all posts
Edited by Chesire_Epilog at 20-2-2020 02:54 PM
julielapadite replied at 20-2-2020 02:13 PM
Yeke? Sbb original post on Facebook seems otherwise. Mmg sejenis isteri yg merajakn suami then ada ...

Itula, i tak jumpa dah komen yg bgtau dia sarkastik jer. Tapi i jumpa yg i:

      

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.103497 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list