CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30518|Reply: 123

[Dunia] Derma ke Palestin Satu Penipuan ! UPDATE

  [Copy link]
Post time 18-2-2020 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Tapayana at 19-2-2020 07:59 AM

sumber asal : derma palestin

DANA bernilai jutaan ringgit yang disumbangkan rakyat Malaysia selama ini untuk Masjid al-Aqsa tidak pernah sampai kepada Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang mentadbir urus masjid berkenaan.
Difahamkan Malaysia antara negara aktif yang banyak menganjurkan kutipan dana Masjid al-Aqsa.
Perkara itu didedahkan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang berkata, pihaknya mengesan kepincangan itu sejak dua tahun lalu selepas menerima maklumat jabatan itu tidak memperoleh sebarang sumbangan yang sepatutnya disalurkan untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan dan pembebasan Masjid al-Aqsa.
“Kami difahamkan oleh jabatan itu, sumbangan dana rakyat Malaysia selama ini tidak pernah sampai kepada mereka.

“Perkara ini juga disahkan Imam Masjid al-Aqsa sendiri yang berkunjung ke Malaysia baru-baru ini mendedahkan mereka tidak pernah terima dana sumbangan rakyat Malaysia sejak sekian lama.
“Kita juga mempunyai bukti memang wujud penyelewengan ke atas dana Palestin dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan pengurusan kanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang diketuai Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar di Balai Berita, hari ini.

DUTA Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali pada sesi lawatan di Balai Berita NSTP. FOTO Rohanis Shukri
Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro Husain Jahit, Pengarang Kumpulan New Straits Times Ahmad Lokman Mansor dan Pengarang Eksekutif Kandungan & Digital Berita Harian M Thillinadan serta wakil Yayasan MyAqsa.
Susulan penemuan itu, beliau meminta rakyat Malaysia sentiasa berwaspada dengan penipuan aktiviti mengutip dana yang mempergunakan nama Masjid al-Aqsa.
“Saya rasa rakyat Malaysia yang selama ini menderma, tidak menyedari sumbangan mereka tidak pernah sampai kepada pengurusan Masjid al-Aqsa.
“Jadi kita berharap rakyat Malaysia perlu ambil tahu ke mana perginya sumbangan mereka itu,” katanya.
Katanya, sebarang sumbangan dana untuk Masjid al-Aqsa hanya melalui Jabatan Wakaf Baitulmaqdis yang ditadbir urus Kementerian Wakaf Jordan dan pihak berkuasa Palestin.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 3:03 PM

NGO tempatan nafi ada penyelewengan

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) tempatan yang melakukan kutipan sumbangan menyerahkan dana secara terus kepada rakyat Palestin melalui wakil yang dilantik mereka sekali gus menafikan dakwaan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali yang mendakwa dana berkenaan diseleweng.
Timbalan Presiden Muslim Care, Mohd Johari Ismail berkata, kebanyakan NGO tidak melalui kerajaan untuk menyerahkan sumbangan.
“NGO Malaysia tidak melalui kedutaan kerana Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) tidak mesra dengan kita,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin, Anas Abdul Wahab berkata, bantuan daripada pihaknya disalurkan terus menerusi wakil mereka di Palestin.

“Aman Palestin memberi tumpuan membantu dalam aspek kebajikan untuk rakyat Palestin seperti ubat-ubatan, makanan, pakaian dan tajaan rawatan hospital (pembedahan).
“Sumbangan Aman Palestin tidak melalui kerajaan tetapi disalurkan terus kepada rakyat Palestin dengan seliaan wakil kami di sana,” katanya.
Bagi rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Palestin, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) menyifatkan dakwaan bahawa sumbangan tidak sampai adalah tidak tepat kerana NGO Malaysia banyak memberi tumpuan kepada rakyat Palestin terutama di Gaza.
“Gaza berjaya menampilkan isu Palestin yang mana peranan itu diambil Hamas. Setakat yang saya pernah bekerjasama dengan NGO Malaysia, kebanyakannya melancarkan kutipan dana dan program untuk Gaza manakala sebahagian kecil disalurkan ke Baitulmaqdis,” katanya.
Katanya, kerajaan PLO perlu bekerjasama dengan NGO Malaysia bagi menyelesaikan isu berbangkit di Masjid al-Aqsa bagi memastikan dana disalurkan ke sana.
“Pihak kedutaan perlu mengumpulkan NGO dan memberi kefahaman tentang isu di al-Quds termasuk wakaf, isu rumah penduduk terpaksa bayar cukai tinggi hingga 60,000 shakel setahun,” katanya.
Mengulas perkembangan sama, Pengerusi MyCare Profesor Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, banyak dana rakyat Malaysia disalurkan ke Gaza berbanding di Baitulmaqdis.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Februari 2020 @ 6:01 AM





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lama tau pun
sblm ni pun ada tred kt CI yg bongkar kisah psl NGO meleis yg menipu konon derma utk bina kilang nak bantu ekonomi kt baitumaqaddis,syria bagai
negara tgh berperang...celah mana nk bina kilang
bodoh
nasib baik aku x penah derma kt ngo ni sume
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ermmmm.. Teruk
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:10 PM | Show all posts
Ramai sangat penipu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ada yg pakai selempang kain hijau tulis paestin tu rajin jalan2 sekitar restoran mintak derma Skg dh xde kan.. rajin betul menipu rakyat msia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2020 09:53 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 18-2-2020 09:07 PM
dah lama tau pun
sblm ni pun ada tred kt CI yg bongkar kisah psl NGO meleis yg menipu konon derma u ...

satu burger mekdi ibarat satu peluru israel

satu magazine pistol tu harga dah berpuluh2. inikan satu peluru kecik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 18-2-2020 09:56 PM

Dah agak dah... aku memang x caya yg mintak derma bagai tu...  taulah melayu malaysia pemurah.. suka menderma...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:00 PM | Show all posts
memang dah agak. bile iols highlight kat kawan2 dorang dengan bongoknya mengatakan
"takpela kite derma dah lepas tanggungjawab kita. dorang nak tipu tu dosa dorang"

helo..kalau kau dah tau ragu2 atau tak selidik betul2, then nak biarkan ditipu atas alasan tu dosa orang bekenaan..korang pun 2x5 jgk"

meh sini bagi iols duit konon nak buat madrasah pastu iols klepet duit chuols
jgn report polis tau sbb dosa tu dosa iols. korang dh lepas tanggungjwb korang menderma


next month iols nak beli superbike baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pakai sslempang tu selalu budak2 universiti
Entah2 duit pakai utk kegunaan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau lama...benda kutip derma ni last2 masuk poket sendiri...banyak mcmtu...patut kne tunjuk laporan audit derma..teringat plak ade kapel uk bpura2 mcm warak n kutip derma n buat ruqyah..sebenarnye duit tu utk kemewahan sndiri..hakikat sbnr kaki clubbing kaki dadah kaki minum
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:41 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 18-2-2020 09:07 PM
dah lama tau pun
sblm ni pun ada tred kt CI yg bongkar kisah psl NGO meleis yg menipu konon derma u ...

baik saya derma ke Syrian Arab Army agar bertambah kuat memerangi pengganas Al Qaeda agar negara kembali aman makmur mcm dulu dulu sampai arwah ali setan pun pergi belajar agama di suriah
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapayana replied at 18-2-2020 09:53 PM
satu burger mekdi ibarat satu peluru israel

satu magazine pistol tu harga dah berpuluh2.  ...

nak masuk ke jerusalem tu pun mana boleh bawak cash banyak2 , apatah lagi nak transfer duit thru remittance bagai
aku sendiri dah pegi ziarah palestin siap masuk ke tel aviv nazareth tu sume
kat border jordan - palestine, diorg cek luggage kita
kalo bawak cash, the immi officer akan query macam2..lps tu tak bagi masuk ..pi la patah balik ke jordan sana
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-2-2020 10:41 PM
baik saya derma ke Syrian Arab Army agar bertambah kuat memerangi pengganas Al Qaeda agar negara k ...

kat tred lama psl isu ni, ada yg pi korek apa kelayakan staf NGO ni sbb minah tu dulu cikgu tadika je
tp manage duit derma ratus ribu
i try to recall nama tred tu kt CI ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama ngo tu? Kalo aman palestin gitu bleh caya ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:12 PM | Show all posts
pernah jugak nak derma dekat palestin tapi entah kenapa sangat berat hati aku nak derma dekat palestin ni.... rupanya ni lah salah satu sebabnya ye...

heran jugak bila nak derma dekat kanak2 syria takde pun rasa berat sebegitu... padahal memang tiap2 bulan ada sedia budget untuk derma pada mereka yang memerlukan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 18-2-2020 11:34 PM

HAKAK DAH PERNAH CERCA HAL INI BERKALI2 DI FOROM!

CASH!

(Paling bangsat celaka yang tiap tahun send tabung Palestin kat sekolah dok kutip derma kat sekolah! If buat gitu kat 100 sekolah, ko ingat dah berapa pendapatan penipu Palestin nih!?! Babi anak haram ngkau perguna duit cikgu duit pelajar huntok penuhi tembolok ngkau seperti Suhaimi Saad! Zets also one of the reasons why akak tak pernah terbuka hati huntok menderma kat tabung Palestin!)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
ACIK2 YANG BERMENTALITI

"BIARLAH KITA DERMA JAH JIKA NIAT KITA IKHLAS - JANGAN BERBURUK SANGKA. HAPA MEREKA NAK BUAT DENGAN DUIT KITA TU, HAL MEREKA,DOSA ANTARA MEREKA DENGAN TUHAN JIKA DISALURKAN HUNTOK  BUAT MENDA SALAH. YANG PENTING KITA DAH DAPAT PAHALA MENDERMA"

TOLONG SADAR! KARNA MENTALITI SEBEGINI LA NEGARA KITA NIH JADIK SORGA SCAMMER!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:33 PM | Show all posts
name and shame! NGO apa?  lahanat perompak duit macam ni patut diviralkan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik tak penah berminat nak menderma
konsep meols tolong dalam negara sendiri dulu sebelum tolong orang lain yach

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 18-2-2020 11:29 PM
ACIK2 YANG BERMENTALITI

"BIARLAH KITA DERMA JAH JIKA NIAT KITA IKHLAS - JANGAN BERBURUK SANGKA.  ...

right..sebab mentalilit camni la tukang bawak orang buta ramai kat mesia ni..tak salahkan si buta tu la tapi yang duk pimpin dia cukup sempurna anggota badan duk buat apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075985 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list