CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7026|Reply: 65

[Tempatan] Telco mana menipu ni?

[Copy link]
Post time 18-2-2020 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Tapayana at 18-2-2020 11:25 AM

sumber asal : Harian Metro


MANGSA bersama laporan polis yang dibuat berhubung penipuan sindiket telekomunikasi. FOTO HAFIZ SOHAIMI





















SASARAN sindiket ini adalah golongan penunt ut institut pengajian tinggi yang teruja dengan tawaran panggilan telefon dan data Internet percuma selama dua tahun.
Malah, mangsa yang bersetuju dengan pakej ditawarkan bakal menerima tambahan RM100 selepas memberikan maklumat peribadi diperlukan.
Malangnya, semua itu hanya penipuan terancang apabila mangsa sebaliknya ditimpa bala selepas menerima bil tunggakan bagi pakej telefon tidak diketahui.
Malah, ratusan mangsa turut menerima surat tuntutan daripada firma guaman kerana didakwa gagal membayar ansuran berjumlah antara RM4,500 hingga RM5,600 selepas enam bulan diperdaya sindiket.

Terbaru, berpuluh mangsa tampil di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi membuat aduan selepas laporan polis berhubung kejadian itu turut dilakukan.
Rata-rata mereka berdepan risiko disenarai hitam selepas nama mereka digunakan untuk mendaftarkan pakej syarikat telekomunikasi menyebabkan kerugian terkumpul RM1 juta.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 22, berkata, dia terpedaya selepas mengenali dua lelaki yang menawarkan rangkaian telekomunikasi meliputi data dan panggilan percuma dua tahun.
Dia yang ketika itu menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Ipoh, Perak tertarik dengan pakej ditawarkan berikutan tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Katanya, selepas bersetuju mendaftar pakej percuma itu, dia dan 40 lagi rakan diberikan hadiah RM100 setiap seorang dan pek sim pascabayar.
“Namun kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum diarah pergi ke beberapa cawangan pusat telekomunikasi di Ipoh.



MANGSA penipuan ejen yang menawarkan pascabayar telekomunikasi secara percuma membuat aduan kepada PPIM. FOTO HAFIZ SOHAIMI
“Kami diarah mengambil telefon pintar di premis berkenaan sebelum diarah menyerahkannya kepada ejen sindiket.
“Ketika itu kami dijanjikan semua komitmen bulanan dibayar ejen manakala kami boleh guna rangkaian tanpa had itu percuma untuk tempoh dua tahun. Bagaimanapun, selepas enam bulan, tiba-tiba kami menerima notis tunggakan bil berjumlah lebih RM5,000 setiap seorang.
“Apabila ditanya kepada ejen, dia beri pelbagai alasan termasuk perlu mendapatkan maklumat daripada pengurusan sebelum gagal dihubungi.
“Kami khuatir bagaimana dengan masa depan kami jika disenarai hitam kerana gagal membayar tunggakan itu,” katanya selepas membuat aduan kepada aktivis PPIM Dr Mazlina Abu Bakar.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Zati, 22, berkata, dia bersama lebih 100 rakannya yang menuntut di pusat pengajian di Johor Bahru diperdaya ejen yang menawarkan kerja sambilan jika mendaftar pakej rangkaian syarikat telekomunikasi berkenaan.
Menurutnya, mereka hanya perlu mendaftar dengan rangkaian telekomunikasi lain terlebih dahulu sebelum menukar pelan bagi mendapatkan telefon pintar percuma dijanjikan.
“Bagi setiap pendaftaran, kami dapat imbuhan antara RM85 ke RM100.
“Beberapa bulan kemudian kami terkejut apabila terima bil telefon mencecah RM5,000. Kami panik kerana tiada wang sebanyak itu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Danga Bay, Johor Bahru.




Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Februari 2020 @ 6:30 AM



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dah macam mintak hapus ptptn je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:44 AM | Show all posts
ipt kau orang tak ada wifi kah? sangkaknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:46 AM | Show all posts
Too good to be true.. lain kali guna otak tu pikiaq.. Nak masuk jamban pun kena bayaq lima kupang, ni kan pula panggilan dan data percuma.. siap layoq RM100 kot atas tu..

Pandai2 la hangpa settel...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:49 AM | Show all posts
telco cap ayam daftar tepi jalan ke ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 11:51 AM | Show all posts
Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan tawaran macam tu kena tahu details nya dulu baru guna takut terjerat dikemudian hari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2020 11:57 AM | Show all posts
budak2 senang terpedaya. termasuk lah anak akak kena jugak kes mcm ni.  ni semua keje dealer nak cpt buat untung.  anak akak di bayar rm100 lps tu drg ambik iphone yg dlm pakej tu.  selang berapa bulan tetiba dpt surat lawyer ada tunggakan dgn celcom. jumlah dkt 5 ribu. akak mcm nak pengsan sbb tak tau anak akak buat benda ni ikut kawan2.  kawan2 dia semua pun terkena.  ada yg kena  bayar dkt 10 ribu.  Bila akak pergi jumpa management celcom, drg kata drg tau ni sindiket yg melibat kan staff drg jugak. akak sampai tanya mcmana korang boleh approved budak2 lps spm ambik pakej ansuran beli iphone ni? spender drg pun mak bapak beli.  alhamdulillah, end up kes anak akak ni selesai....syukur sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:00 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 18-2-2020 11:57 AM
budak2 senang terpedaya. termasuk lah anak akak kena jugak kes mcm ni.  ni semua keje dealer nak cpt ...

Ke mana perginya iphone tu? Scammer tu jual ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 12:04 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 18-2-2020 11:57 AM
budak2 senang terpedaya. termasuk lah anak akak kena jugak kes mcm ni.  ni semua keje dealer nak cpt ...

mungkin akak boleh bagitau in detail macamana proses untuk settlekan hal gini.

boleh juga membantu forumer lain kot2 ada yang terkena


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:04 PM | Show all posts
insulin replied at 18-2-2020 12:00 PM
Ke mana perginya iphone tu? Scammer tu jual ke?

drg jual balik iphone tu. jual murah sapa tak nak kan.  lps pakai few months, hp tu tak boleh guna lagi sbb bill celcom dah kena bar.  buyer ingat iphone tu rosak drg pegi iphone centre. centre suruh rujuk ke celcom.  kat situ lah drg dah kantoi beli hp sindiket.  mcm tu lah citer lebih kurang. akak pun tak berapa paham apa drg ni berckp.  akak siap buat report polis pasal kes anak akak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:06 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 18-2-2020 12:04 PM
drg jual balik iphone tu. jual murah sapa tak nak kan.  lps pakai few months, hp tu tak boleh guna ...

Oooo. Macam tu rupanya. Semoga staf celcom yang jahat2 tu dihadapkan ke muka pengadilan. Menyusahkan orang lain je.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:17 PM | Show all posts
kucingitam replied at 18-2-2020 12:04 PM
mungkin akak boleh bagitau in detail macamana proses untuk settlekan hal gini.

boleh juga memba ...

panjang citer nya. ktrang carik sapa yg ajak anak akak dan kawan2 dia tu.  dari situ ktrang dpt sapa org tengah, org atas sampai lah org paling atas yg menganiaya budak2 ni.  mmg jadi kes polis sbb anak2 akak yg lain carik org2 ni sampai dpt and kasi penumbuk kat sekor2 ni. sindiket ni mmg aim budak2 hingusan lepasan spm dgn budak2 ipt.  semua kemaruk nak duit extra tanpa tau esok lusa nama drg akan jadi black list.  lps berbincang dgn mangkuk2 ni drg setuju nak selesai kan hutang celcom anak akak tu.  kejab je drg bayar hutang tu.  esok nya ktrang cek kat celcom tgk nama anak akak dah tak ada hutang lagi.  drg dah settle kan.  mcm tu lah citer nya.  so pada yg dah terkena tu krg pegi carik sapa yg rekomen beli iphone tu, sapa yg tunggu korang kat celcom centre, sbb drg ni buat mmg legal konon nya.  semua ada kat borang beli iphone tu. ada sign n cop ibu jari sekali.  so kalau kt pegi court pun mmg budak2 ni tetap bersalah.  walau pun ktrang tak dpt jumpa sapa ketua sindiket ni tapi org2 bawah dia tu ckp ketua drg yg settle kan.  kiranya anak akak bernasib baik dlm kes ni.   kawan2 dia masih lagi belum settle.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:18 PM | Show all posts
insulin replied at 18-2-2020 12:06 PM
Oooo. Macam tu rupanya. Semoga staf celcom yang jahat2 tu dihadapkan ke muka pengadilan. Menyusahk ...

yg akak tau ada yg dah kena buang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:19 PM | Show all posts
Kurex replied at 18-2-2020 03:29 AM
dah macam mintak hapus ptptn je...

dah agak, mesti sialkom.. kalau uols nak beli used iphone, make sure bukan Malaysia punya set. Ada possibility telefon tu adalah dari scammer-scammer ni. Pakai sebulan dua, terus phone tu kena block dengan sialkom, sebab device ada kontrak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 1st time aku dgr scammer gini..dasat gak m.o dia..tggu dpt yg palimg atas..tampaq sampai senget mulut..geram dgr
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 18-2-2020 12:19 PM
dah agak, mesti sialkom.. kalau uols nak beli used iphone, make sure bukan Malaysia punya set. Ada ...

Ooo.. Klu tukar sim lain pun xboleh yea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2020 12:47 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 18-2-2020 04:38 AM
Ooo.. Klu tukar sim lain pun xboleh yea..

tak boleh. pakai la sim apa sekali pun, iphone tu tetap akan kena block dengan telco pemilik asal.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:47 PM | Show all posts
buat adik2 baru nak mengenal dunia..
tiada yg free dlm dunia, khasnya Malaysia ini..
nak mintak jalan sikit nak lalu lepas kuar simpang pun makcik2 payah nak bagi jalan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 12:59 PM | Show all posts
tidak perlu membuat sebarang bayaran


Benda boleh dapat free, buat apa bayar.
Last-last diri sendiri terjerat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari komen2 bebenang ni, ni nasihat Utama yg boleh dikongsikan dgn anak2 yg baru cukup umor dewasa.

Bila dapat 'peluang keemasan' pikir ni:
1. Berak Pon kene charge Lima kupang. Kau rasa?
2. Spender Pon mak belikan lagi. Banyak cantik kau nak iPhone bagai?



Cc: dino
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071263 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list