Seorang pembikin filem bernama Lee Loechler telah menganimasikan dirinya ke dalam animasi Walt Disney Sleeping Beauty supaya dia dapat melamar kekasihnya; Sthuthi David semenjak zaman persekolahan tinggi lagi.
Dia telah merancang untuk melamar dengan cara ini selama enam bulan untuk menghasilkan dan menyusun semula babak filem animasi ini. Beliau juga turut menghubungi Coolidge Corner Theater di Brookline, Massachusetts untuk meminta mereka mengatur sebuah penayangan filem palsu supaya dia boleh melamar kekasihnya itu.
Bagi memastikan kekasihnya tidak curiga, dia juga telah meminta pertolongan daripada 20 individu tidak dikenali untuk turut hadir dalam penayangan filem palsu tersebut melalui posnya di Reddit. Kehadiran 20 orang ini juga bagi menyembunyikan kehadiran kawan rapat dan keluarga mereka di kerusi belakang pawagam untuk menyaksikan lamaran tersebut.
Memetik Good News Network, Loechler juga turut meminta pertolongan ibu Sthuthi dengan menghantar beberapa emel palsu kepadanya yang kononnya telah membeli tiket penayangan tersebut untuk keluarganya.
Sthuthi yang kononnya menerima tiket daripada ibunya kemudian mengajak Lee Loechler untuk menonton filem animasi tersebut bersamanya.
Pada awalnya, tiada apa yang diubah oleh Lee Loecher ke dalam animasi tersebut kecuali di dalam babak di mana putera mencium Puteri Aurora.
Watak putera telah diubah rupa fizikal supaya sama seperti Lee Loechler. Watak animasi tersebut kemudiannya mengeluarkan cincin dan melontarnya ke arah skrin. Lee Loechler berdiri dan menyambut cincin tersebut dan melamar Sthuthi. Kekasihnya terus menerimanya.
Video lamaran tersebut telah ditonton lebih enam juta kali sejak dimuat naik ke YouTube pada December lalu.
Semoga bahagia berpanjangan hendaknya. - CARI
|