CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2402|Reply: 17

Ada Apa Dengan Tasik Tak Berdasar, Tserik-Kel?

[Copy link]
Post time 17-2-2020 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: rbth.com





Pernahkah anda mendengar tentang legenda sebuah tasik yang terkenal di Rusia? Tasik yang digelar penduduk tempatan sebagai tidak berdasar atau bottomless, dikenali sebagai Tasik Tserik-Kel.


Terletak 40 kilometer dari bandar Nalchik yang juga ibu kota Republik Kabardino-Balkar di Rusia, lokasi tasik Tserik-Kel sangat tersembunyi di kawasan pergunungan Caucasus.


Memetik sumber Russia Beyond, tidak pernah ada penduduk yang memancing ataupun menyelam di tasik itu. Ini kerana kepekatan hidrogen sulfida yang sangat tinggi dalam air di tasik itu. Ia juga membuatkannnya bukan habitat sesuai untuk hidupan laut melainkan udang jenis crayfish gammarus ataupun tumbuhan algae. Hidupan yang lain pasti akan mati kalau membiak di tasik ini.


Tasik Tserik-Kel digelar sebagai Lower Blue atau dalam bahasa Rusia, Nizhneye Golubeye. Tasik ini merupakan satu daripada lima tasik di Republik Kabardino-Balkar yang terhasil akibat runtuhan gua batu kapur ribuan tahun dahulu.





Pemandangan yang sangat indah di Tasik Tserik-Kel

Kredit foto: caspiannews.com





Digelar sebagai Tserik-Kel yang juga boleh bermaksud sebagai tasik yang busuk, tasik ini tidaklah besar mana dengan ukuran 235 x 130 meter, tetapi dunia bawah airnya yang menarik perhatian.


Tasik ini dikatakan tasik terdalam daripada lima tasik hasil runtuhan batu kapur di republik ini dan juga antara 10 tasik yang terdalam di Rusia.


Pada 2016, satu ekspedisi sains dijalankan di sini dan pengkaji mampu menyelam sehingga rekod kedalaman 279 meter. Keseluruhannya, 400 percubaan menyelam telah dilakukan. Saintis percaya bahawa gua yang berada di dalam tasik ini mampu untuk pergi lebih dalam berbanding 279 meter yang direkodkan.


Tapi, semakin dalam menyelam, pengllihatan mereka semakin kabur dan difahamkan kajian ini terpaksa ditinggalkan untuk diteruskan pada masa depan. Sebuah model 3D untuk tasik ini telah dihasilkan berdasarkan kepada hasil kajian itu.







Saintis juga percaya yang tasik ini berusia lebih kurang 10,000 tahun. Menurut kajian, suhu adalah konsisten di tasik ini disebabkan air yang berterusan datang daripada bahagian dasar tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjadi panas semasa iklim musim panas, ataupun menjadi sejuk semasa iklim musim sejuk.


Pada 2012, penyelam Martin Robson bersama pasukannya cuba untuk menyelam di tasik ini. Malangnya, penyelam Rusia yang juga salah seorang daripada ahli pasukan, Andrei Rodionov terkorban ketika menyelam.


Martin pula dikejarkan ke unit rawatan rapi apabila diserang penyakit decompression sickness, yang terjadi apabila nitrogen larut dalam darah dan tisu melalui tekanan yang tinggi. Martin terpaksa bertarung nyawa selama 11 hari di salah satu hospital di Sochi, dan berjaya diselamatkan. Menurut rekod, beliau berjaya menyelam di tasik ini sedalam 209 meter.





Martin Robson

Kredit foto: Researching Between the Devil and the Deep: Rotten eggs and beautiful blue lake, unbound.com





Mungkin legenda yang paling popular di tasik ini adalah mengenai kewujudan naga. Diceritakan yang seekor naga ditumpaskan di tasik ini oleh seorang hero tempatan menggunakan anak panah. Naga itu jatuh ke dalam tasik dan air mata kesakitannya membanjiri kawasan ini, lalu membentuk sebuah tasik.


Ada yang berjenaka bahawa naga itu masih hidup dan tinggal di dalam tasik berkenaan, menghalang saintis untuk membuat penyelidikan.


Mungkin ada cerita lain di sebalik tasik itu? Mungkinkah ada sesuatu yang membuatkan tasik itu paling berharga bagi penduduk tempatan di situ? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 11:28 AM | Show all posts
menarik.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
cantik tapi bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:39 AM | Show all posts
Menakutkan...beraninya nk selam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:42 AM | Show all posts
sib baik takde sekolah kt area tu, kalu tak time cuti ja mesti ramai dok mancing dan mandi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bagus la vid 3d tu senang nak paham
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2020 11:48 AM | Show all posts
wah...amazing
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru Tau.. thank u for the info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 11:58 AM | Show all posts
cantik tapi bahaya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 12:09 PM | Show all posts
Tak boleh ke mereka masukkan remote camera kedalam tasik tu untuk tenguk apa yang ada dalam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 12:27 PM | Show all posts
Cantik dan menarik cerita mengenai tasik tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku rasa dalam tasik tu angker..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 02:00 PM | Show all posts
Baca ciri-ciri tasik tu je dah terasa menakutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
uda replied at 17-2-2020 12:09 PM
Tak boleh ke mereka masukkan remote camera kedalam tasik tu untuk tenguk apa yang ada dalam tu.

rasanya x boleh sbb tekanan air dalam terlalu tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 02:26 PM | Show all posts
kalau ada naga dah sama macam cerita naga tasik chini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Salute untuk penyelam2

Tapi menakutkan yach
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah cantiknya tasik ni. Bahsa russia tak faham sepatah harem
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.224992 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list