CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2229|Reply: 11

Nenek Gagah Berlari Mahu Suami Panjang Umur

[Copy link]
Post time 17-2-2020 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: BBC




Seorang warga emas lingkungan usia 60-an berpakaian sari sedikit senteng serta berkaki ayam gigih berlari meredah jalan berdebu dan jalan aspal panas.


Sekali pandang, kelihatan macam orang yang buat kerja gila. Namun, nenek ini bukan calang-calang orang kerana Lata Bhagwan Kare dari Baramati, Maharashtra merupakan antara peserta maraton tertua yang mampu memberi tentangan hebat dalam pelbagai acara larian di negeri tersebut.


Lata Kare yang memulakan 'kerjaya' sebagai pelari maraton demi mencari wang bagi menyara kehidupannya yang miskin. Upah sebagai buruh ladang kasar tidak cukup menampung kehidupan mereka tiga beranak; suaminya bekerja sebagai pengawal keselamatan ditambah dengan kesihatan yang merosot, manakala si anak lelaki tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Permulaan pelari berusia 67 tahun ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana amat pelik bagi seseorang yang lanjut usia sepertinya dilihat berlari-larian. Beliau mula menyertai larian maraton sejak 2013, tampil dengan pakaian sari “nauvari” dan tidak beralas kaki. Menurut Lata Kare, tanpa capal dia dapat berlari lebih yakin dan laju.  



Bersama antara piala kemenangannya.
Kredit: Facebook






  





Lata selesa berlari tanpa capal.






Kredit: Huffington Post




Wang kemenangan yang diperolehi dibelanjakan untuk keperluan keluarga. Pada tahun lalu, Lata Kare memenangi 5,000 Rupee (RM290) yang dibelanjakan untuk menampung rawatan sakit jantung suami serta yuran mengimbas MRI yang sangat mahal.


Baru-baru ini, beliau juga memenangi hadiah pertama kategori warga emas di Marathon Sharad, di mana wang yang dimenangi akan digunakan untuk membina kediaman yang lebih selesa.




Poster filem biopik Lata Bhagwan Kare - Ek Sangharsh Gatha.
Kredit: Instagram




Kisah hidup Lata Kare sememangnya memberi inspirasi kepada ramai orang, tidak ketinggalan penggiat seni tempatan. Baru-baru ini, kisah hidup beliau telah diangkat ke layar perak dengan tajuk Lata Bhagwan Kare – Ek Sangharsh Gatha yang diarahkan oleh Naveen Deshaboina. Pendukung utama filem ini tidak lain dan tidak bukan adalah Nenek Lata Kare sendiri. Filem biopik ini telah pun ditayangkan di pawagam pada 17 Januari 2020.


Menerusi filem itu, barulah kita akan faham betapa perit kehidupan Lata Kare, seorang yang berusia renta tapi masih gagah mencari rezeki dan kekuatan luar biasa yang mendorong beliau melakukan perkara di luar kotak fikir.




  



Nenek Lata berlari kerana cinta. Demi cinta hati, apa yang anda sanggup lakukan? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
"lautan api sanggup ku renangi.." kalau begini punya syg kata nenek ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mata suami dia cantik
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:07 AM | Show all posts
Filem tu lakonan beliau sendiri ke..kalau ambk Sonam Kapoor nk jugak pgi tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
dh jd pelakon filem murah rezeki dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 12:32 PM | Show all posts
Kagum dengan semangatnya tapi kalau bersukan diusia emas macam dia pasti akan beri kesihatan yang baik juga untuk dirinya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2020 12:58 PM | Show all posts
Kagumnya~
Umur 67 baru bermula.
Apa alasan kita?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 02:21 PM | Show all posts
Nekad dia sangat tinggi sehingga mampu memenangi acara maraton ni. Sekarang dah ada duit masih maraton tanpa pakai kasut ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2020 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
wah hebatnya acik ni..aku pakai kasut elokpun lom tentu habis maraton ni {:run
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat Tulang dia.. Kalo aku...mau ter cabut lutut aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
fuhhhhhhh hebaaat.kagum aku
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2020 05:02 PM | Show all posts
salute dengan nenek ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.063913 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list