CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5197|Reply: 33

"Lapor Je Jangan Lembut Hati Sangat" - 7 Orang Pelajar Dicabul, Penget

[Copy link]
Post time 15-2-2020 08:17 AM | Show all posts |Read mode



Institusi persekolahan sepatutnya menjadi satu tempat yang selamat untuk para pelajar. Namun, sebaliknya berlaku apabila ada guru yang cuba untuk melakukan perkara tidak bermoral kepada pelajar seperti cabul adalah satu kesalahan yang patut di banteras bukannya makin ditutup.


Perkongsian di laman facebook oleh Akhi Fairuz Al-Jengkawi iaitu seorang konsultant dan sering memberi ceramah mengenai keibubapaan, pendidikan seks, ancaman pornografi dan pedofilia tampil menceritakan kes yang dilaporkan kepadanya.


Ajak ibu bapa mangsa datang sekolah selesai cara baik.
Tak faham saya dengan sikap segelintir pengetua di Malaysia ni. Baru je dapat satu kes tadi. Pelajarnya mengadu kena cabul, bukan seorang, dekat 7 orang juga. Itu yang tampil ke depanlah.


Yang mencabul cikgu lelaki, mangsa yang dicabul budak lelaki juga. Bila ibubapa mangsa nak buat report polis, pengetua ni ajak datang ke sekolah untuk selesai cara baik.


Alasan nak jaga nama sekolah.
Ni dah tahun 2020 dah kot. Penting sangat ke jaga nama sekolah hingga gadaikan masa depan pelajar?
Patut setiap sekolah sedar kesan jangka panjang kepada mangsa tu. Kalau you tak bela mereka dari sekarang, you agak-agak besar nanti depa jadi apa?


Nak biar PPD siasat? Kes sampai ke JPN? Maaf cakap, bukan semua PPD dan JPN bersedia nak handle kes macam ni. Selagi boleh tutup, selagi tu akan tutup.


Macam kes yang saya kongsikan lepas, pengetua siap mesej lucah pada pelajar, kes dah dihantar ke JPN, tup tup dianugerahkan pengetua cemerlang. Bila viral, baru nak bertindak.


Kena viral dulu ke baru nak bertindak?
Tolonglah pentadbir sekolah. Takkanlah semua kes nak diviralkan dulu baru nak bertindak.
Saya yakin kalau anak awak yang dicabul, diliwat atau dirogol, sudah pasti kita akan report polis. Silap-silap pelaku tu kita pijak dia ramai-ramai.


Sekadar meluahkan. Geram baca aduan seorang guru di whatsapp tadi. Dia je yang beria nak fight keadilan untuk pelajar. Pengetua pula nak selesai cara 'baik'.


Maaf lah, tulisan ni beremosi. Saya tengah marah ni. Kita ajar pelajar apa itu private part, sentuhan selamat dan tidak selamat, sekali gurunya sendiri yang cabul pelajar.
Bila budak tu jadi gay kita maki hamun kata depa kaum Nabi Luth, neraka jahanam. Walhal kita sendiri yang tak bantu depa masa depa mengadu kena cabul.


Selain itu, wargamaya yang lain turut berkongsikan pendapat mereka mengenai perkara ini.


kredit foto: facebook





kredit foto: facebook

Rata-rata wargamaya marah akan perkara tersebut dan mendesak agar nama sekolah didedahkan dan pelaku di bawa ke muka pengadilan.


Perkara sebegini sepatutnya mendapat tindakan yang serius kerana melibatkan masa depan dan maruah seseorang. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2020 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
faham dik perasaan kena cabul tu.. junior sekolah iols kena raba, dia lagi layan sebab cikgu tu helokkkk siap raba balik. sebab tu cikgu tu rasa "kalau dia boleh diraba, mesti yg lain pun boleh".

iols tak kisah la cikgu tu helok atau apa.

iols siap diperlawa cikgu tu balik dekat rumah tatkala isteri dia balik kg. iols tolak mentah2 sebab iols begitu suci dekat sekolah.

macam mana iols tak kena cabul oleh pelajar lain beramai2 kalau depan pelajar cikgu tu peluk iols..

fight je la dik kalau kau rimas. dulu aku tak fight sebab masa tu naif sangat..

bila dah besar ni, menyesal pulak bila tak layan.. hahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin pengetua/guru besar tu nak tgk keadilan ditangan rakyat dijalankan.. Baru nak sedar perbuatan menyembunyikan cikgu pedofil salah. Masa tu nak salahkan sapa pulak bila rakyat sendiri jlnkan hukuman kat cikgi pedo tu?

Aku harap pengetua /guru besar tu sedar yg kepentingan masyarakat melebihi kepentingan nama sekolah yg baik tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
iols zaman sekolah takpernah kena cabul. Perangai pun dah macam kaki cabul

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Report je. Bia padan dgn nama cikgu tu. Merosak kan nama cikgu semalaysia. Geng2 pedo ni pk org x takut dgn dia agak nye
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 15-2-2020 08:41 AM
faham dik perasaan kena cabul tu.. junior sekolah iols kena raba, dia lagi layan sebab cikgu tu helo ...

Akhi fairuz ni x sesuatu ke kurex ? Xim x brp percaya dgn dia ni dgn sorg lg kwn dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2020 10:31 AM | Show all posts
x faham ak dgn org mcm ni....cikgu mcm tu pon nak simpan

nak tgu kene kat anak pengetua sndri baru nak gelabah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 10:45 AM | Show all posts
Kalau tak ada yang berani melapurkan macam mana nak berhentikan perbuatannya tu malah akan lebih ramai jadi mangsa.  Tak ada faedahnya nak menderita sendiri trauma sepanjang hayat kalau sekadar nak jaga muka orang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2020 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah kena jd mangsa cabul dgn cikgu kemahiran hidup masa iols form 3 dlm bengkel KH.. cikgu tu bujang tua umur dh 40an.. heols dtg kat belakang iols pastu pegang2 badan iols. Hampir setiap kali subjek heols mesti iols kena. Ada juga budak2 lain yg kena. Masa tu iols naif sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Setel Cara baik? Means sapu sampah bawah karpet ke lagumana?!{:nose
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sham143 at 15-2-2020 01:01 PM

Selesai cara baik kepala otak dia.. Pengetua tu cuma fikir nk jaga nama baik dia dan sekolah tu saja.. Apa nk jadi dengan pelajar yg kena cabul tu, pelajar tu kena tanggung sendiri la.. Dia peduli apa.. Haram jadah punya pengetua.. Nampak sangat nk cuci tangan.. Buat repot saja..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 12:58 PM | Show all posts
Apa lancau nama sekolah nak tercemar pulak bila ambil tindakan atas guru bermasalah ?  Bodoh tahap sial punya pengetua. Saman di mahkamah saja spesies bengap  macam itu. Jangan hanya report polis itu guru saja
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Mentality yang ditahap speechless
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sbg kpala skolah xleh nk tntut keadilan utk student?? ko xmalu ke tiap kli phimpunan ko bg speech dok nsihat mcm2 kt student pdhal ko sndri yg sngaja nk sorok bnda bsuk yg dah jd.
ingat student trauma ni wlau cikgu jijik tu dah xde dorang bleh g skolah dgn tenang ke sdangkn ttap kna mngadap muka ko sbg org sngaja nk mnghalang keadilan dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang ada pun pengetua macamni,bg dia time dia pegang sekolah tak ada kes pelik2 n aman2 ja kekononnya,dan nama dia pun org akan kenang2..sebab pernah jumpa pengetua gila camni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul pun ada pengetua yg hanya pentingkan nama baik sekolah. Well bukan nama baik sekolah sangat pun, tapi lebih kepada jaga nama dan imej dia senagai pengetua. And i said that in confidence because I am a teacher myself.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2020 10:46 PM | Show all posts
PurpleRuby replied at 15-2-2020 10:36 PM
Memang betul pun ada pengetua yg hanya pentingkan nama baik sekolah. Well bukan nama baik sekolah sa ...

Yup setuju. Jaga nama dia. Takut tak dapat naik pangkat lagi. Dia 'crowd control' guna ayat 'reverse psychology' konon nak jaga nama sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 01:30 AM | Show all posts
report je. ni lagi bahaya kes cabul. lama2 jadi kes lain pulak. lagi parah

masa zaman kitorang sekolah dulu pun sama je alasan cikgu

kes buli diorang tutup mata

bila report polis, cikgu datang merayu mintak tarik balik laporan

sebab? nanti menjejaskan reputasi sekolah

terus aku give up dengan sistem sekolah.
pelajar, budak2 tak dapat keadilan yang sewajarnya.
gelap masa depan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols penah kena leset2 dgn cikgu tuishen iols masa darjah 6 dulu. Cikgu ni ngajar sekolah lain tp buat tuishen kat rumah dia dlm taman sebelah rumah iols. So mmg jumpa dia seminggu 3 kali utk tuishen ngan student lain. Tiap kali tuishen fia akan diri blkg iols smbil ngajar smbil urut2 bahu iols, leset2 janggut dia kat leher iols. Mula2 rasa takut2 juga tp lama2 sedap pulak and endup iols slalu looking forward nak ke rumah dia. Tahun seterusnya iols dpt tahu, dia dpt new baby n nama baby tu sama nama iols. Mak iols cakap, cikgu ni mmg dia namakan anak dia tu dgn nama iols sbb dia berkenan sgt dgn iols. Mak iols husnuzon ingatkan sbb iols baik smp cikgu tu sukakan iols. Walhal cikgu tu sukakan iols sbb time kecik2 iols kiut {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2020 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Xim replied at 15-2-2020 09:15 AM
Akhi fairuz ni x sesuatu ke kurex ? Xim x brp percaya dgn dia ni dgn sorg lg kwn dia tu

@Kurex please respons
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.271255 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list