Kredit foto: Facebook Puan Ruzita Mohamed Dan Aneka Selera
Kalau makan di restoran, sudah pasti harga penkek gebu atau Fluffy Pancake ala Jepun agak mahal. Apa kata cuba buat sendiri?
Hanya menggunakan bahan-bahan muda dan dimasak di atas kuali non-stick sahaja.
Kredit foto: Gambar Hiasan Ihsan Resepi Malaya Turun Temurun
Untuk resipi Fluffy Pancake ala Jepun yang mudah dan gerenti jadi ini, ikuti perkongsian pengguna Facebook Puan Ruzita Mohamed yang telah dikongsi wargamaya sebanyak lebih 12,000 kali.
Berikut adalah resipi untuk satu adunan. Tak cukup? Gandakan saja!
Bahan A
2 biji kuning telur
40 gm superfine flour
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
25 gm fresh milk full cream
Campur semua bahan A sehingga pekat.
Bahan B
2 biji putih telur
25gm gula kastor
Lemon jus 1 sudu teh, tak letak pun tidak mengapa dan boleh digantikan dengan cuka.
Putar sampai kental (soft peak), kemudian satukan dengan adunan bahan A secara berperingkat. Sila rujuk video.
Japanese Fluffy Pancake sedap dimakan ketika waktu sarapan pagi atau waktu minum petang, ditambah pula dengan jem buah, aiskrim dan krim putar. memang terangkatlah!
Post time 13-2-2020 06:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
iols penah try sebab geram,tapi hangit sebab dapur murahan iols apinya takleh kecik lagi,nonstick pan pun jebis tak tebal punya,dia kena palai api kecik sgt,patu kena tutup pan. nanti try lagi