kredit foto: twitter
Siapa sangka, seorang wanita warga emas yang hidup sebatang kara diberi hidayah untuk memeluk agama Islam pada usianya 84 tahun.
Menurut cicipan di Twitter milik Muslim Daily mengatakan bahawa Mariam berjalan seorang diri ke masjid tanpa mengetahui sama ada beliau akan diterima atau tidak.
Mariam hidup seorang diri tanpa keluarga dan membesar di rumah anak yatim sejak lahir. Alhamdulilah beliau sekarang seorang muslimah.
Kredit Foto: Sinar Harian
Menerusi entri Instagram miliknya, Mariam berkongsi, dia pertama kalinya menjejakkan kaki di Redbridge Islamic Center (RIC) pada 19 Disember 2019 dan mengucap dua kalimah syahadah di sana.
Mariam turut mempelajari kata-kata seperti Alhamdulillah, Bismillah dan Allahuakbar.
Bercerita lanjut, Mariam memberanikan diri untuk ke RIC sebelum dipelawa seorang wanita dan menjemputnya masuk.
Ketika sedang duduk, Mariam bertanyakan kepada jemaah apa yang mereka sedang lakukan dan mereka menjawab sedang bersolat.
Setelah diberi penerangan terperinci apa itu solat, kiblat, secara tiba-tiba Mariam bertanya, bagaimana untuk dia menjadi seorang Muslim?
"Saya mahu menjadi seorang Muslim," katanya.
Rentetan itu, kini Mariam memeluk Islam, atau nama sebenarnya Maria sebelum bergelar mualaf. - CARI
|