Tular di media sosial mengenai seorang wanita yang membasuh keretanya di tengah jalan sehingga menghalang pengguna jalan raya lain melaluinya.
Sebaik diminta memberi laluan, wanita tersebut berdegil dan mengatakan jalan raya itu milik bapanya. Amboi, kak!
Video ini dikongsi lebih 5,000 kali dan ramai netizen menyelar tindakan mementingkan diri wanita tersebut.
Kredit Foto - Facebook Gambar Accessories & Spareparts Motor
Malah, ada di antara komen yang berkongsi info bahawa kereta sama pernah dtularkan pada September 2019 di mana pengadu mendakwa pemandu Myvi itu sengaja membrek secara mengejut di hadapannya.
Kredit Foto - Facebook Gambar Accessories & Spareparts Motor
Macam ada masalah, je kan? Mental kah? Apapun sikap sebegini mengundang pergaduhan dan bahaya pada pengguna jalan raya lain dan juga diri sendiri.
Malang tak berbau, tapi kita mampu mengubahnya. - CARI |