"Hidup kitaorang tak sempurna, takda ayah, tapi kitaorang sangat bahagia."
Tulis aktres Mawar Rashid di laman instagramnya. Dengan niat untuk berkongsi kesukaran hidup sejak kecil membawa kepada kejayaannya sekarang, Mawar tidak segan silu menceritakan memorinya.
Ig
Kesusahan hidup mereka sekeluarga bermula setelah peninggalan ayahnya, Allahyarham Dato' Wan Abdul Rashid. Walaupun ibu dan arwah ayahnya berpisah pada usia Mawar 5 tahun, tetapi pada usianya 12 tahunlah, segala-galanya menjadi lebih perit.
Keperitan hingga tahap tiada tempat untuk berteduh menyebabkan adik beradiknya berpecah-pecah tinggal di tempat berasingan.
Ig
Kesukaran ini mendewasakannya. Sejak umur 15 tahun lagi Mawar berusaha mencari duit sendiri kerana tidak mahu membebankan ibu dan kakak-kakaknya.
Ceritanya lagi, semuanya dilakukan untuk membahagiakan ibu dan adik beradiknya.
Ig
Tidak hanya itu, Mawar turut mengajak pengikutnya yang mengalami kesusahan sama untuk bangkit demi mengejar kejayaan.
Perkongsian yang panjang lebar iaitu 3 post berturutan mendapat perhatian daripada warganet yang turut menyedari bahawa Mawar bangkit menjadi lebih berjaya. Inspirasi itu membuka lebih ramai mata untuk turut berdikari seperti artis kesayangan mereka.
Ig
Ya, tidak semua memiliki awalan dan pengakhiran yang sama. Semoga yang sedang mengalami kesukaran saat ini dipermudahkan ya. - CARI |