Tak professional!
Seorang pengguna Facebook telah meluahkan rasa kesalnya terhadap juruwang sebuah restoran terkemuka yang jelas sekali melakukan body shaming.
Kredit foto:
"****** ****** Malaysia, mohon nasihatkan staff anda tidak memasukkan catatan yang tidak penting ketika mengambil pesanan dari pelanggan,"
"Saya minta no whipped cream untuk ice choc tetapi pesanan yang ditaip, 'gemuk tak nak cream'. Saya tertanya-tanya apakah 'mesej' itu ditujukan kepada saya atau kepada staff yang menyediakan pesanan itu," tulisnya.
Malah, kakitangan restoran juga berbual dengan kuat bagaimana minuman itu dibuat oleh rakan sekerja mereka dan menyebut 'potong kaki'.
"Bayangkan kalau pelanggan lain yang cerewet dapat resit seperti ini. Tak salah untuk bergembira di tempat kerja tetapi tolonglah profesional." tambahnya lagi.
Tidak dibiarkan berpanjangan, difahamkan pengadu telah dihubungi oleh pihak berkenaan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Kredit foto: Facebook
Warga maya kecewa dengan sikap pekerja yang tak abis-abis nak body shaming pelanggan.
Sebab sikap sesetengah pekerja sebegini, habis imej restoran terjejas teruk. - CARI |