Kejayaan filem Parasite (karya Korea Selatan) mengalahkan filem Hollywood yang lebih besar sangat membanggakan kita rakyat Asia. Lebih-lebih lagi, ia satu-satunya filem Asia yang berjaya menembusi pasaran global.
Jadi, ramai yang mula berangan serta mengkritik filem tempatan yang masih tidak ke mana-mana walau pelbagai cara dilakukan. Dakwa mereka, filem Malaysia masih di takuk lama dan tiada pembaharuan dilakukan pun.
Dakwaan itu kemudiannya ditepis oleh pemuda ini yang menegaskan usah berangan terlalu jauh dan tidak kesampaian. Ini kerana peraturan di Malaysia yang sebenarnya menyebabkan karya kita tidak boleh pergi jauh.
Kredit foto: Twitter
Foto: Google
Menurut Burhan lagi, mentaliti mereka yang berada di sebalik tabir inilah yang menyekat potensi dan idea pengkarya tempatan yang mahu menghasilkan karya di luar kotak.
Pelbagai peraturan dikenakan seperti tidak boleh berkata kesat, adegan seni dipotong, bajet tiada untuk filem berskala kecil dan sebagainya. Jadi, masih mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari filem kita?
Foto: Google
Perkara yang bertentangan inilah menjadikan segelintir warganet berasa pelik dengan sikap pilih kasih Lembaga Penapisan Filem (LPF). Mengapa hanya menyekat filem artistik tetapi, dalam masa sama membiarkan filem rempit menguasai pawagam?
Ada yang menyatakan semuanya terpulang kepada penonton. Selagi mereka yang membeli tiket ini tidak menyumbang terhadap penjualan tiket filem berkualiti, setakat itulah kualiti filem kita. Pengkarya pun malas membuat filem berkualiti kerana nanti akhirnya akan dipotong jua. Jadi, usahlah berangan mahu ke Oscars ya.
Google
Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan filem berkualiti sebenarnya banyak faktor. Jadi, tidak adil menyatakan filem Malaysia tiada kualiti kerana sudah terbukti Filem 'Guang' pernah memenangi Filem Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik. Itu pun masih tidak membanggakan kita lagi?
Foto: Twitter
Perlukah kita mengikut acuan filem 'Parasite' untuk menembusi pasaran yang lebih global? Atau mereka cerita baru yang banyak adegan pasti dipotong oleh LPF? Atau mengikut sahaja audiens yang mahukan filem rempit demi 'box office'. Tepuk dada tanyalah selera. - CARI
|