Wai Foo Sing. Kredit foto: Editor Malaysia
Kebiadaban seorang lelaki warga emas menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah ra melalui Facebook mengundang padah.
Sinar Harianyang memetik Bernama melaporkan, Wai Foo Sing, 69, didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 10 Februari.
Hukuman itu diputuskan oleh Hakim M M Edwin Paramjothy selepas Foo Sing mengaku bersalah memuat naik karikatur jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Aisyah ra.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul lima petang, 17 Februari 2019 dan status Facebook tersebut dibaca pada pukul 12 tengah hari, 18 Februari 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Foo Sing pernah memuat naik gambar dan status yang menghina Polis Diraja Malaysia. Kredit foto: Facebook
Foo Sing menukar pengakuan kepada bersalah pada 20 Januari lalu.
"Komen tertuduh yang jelik dan menyinggung disertakan dalam catatannya di media sosial.
"Tidak dapat dinafikan bahawa dalam kes ini, tindakan tertuduh adalah tidak wajar, menyinggung dan jelik berdasarkan agama dan ia telah melampaui kebebasan bersuara yang dibenarkan mengikut perlembagaan.
"Jenayah menghina agama seseorang tidak hanya bertentangan dengan penganut agama tertentu tetapi juga berlawanan dengan nilai dan fungsi agama tersebut," kata Edwin.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlepas daripada menjadi mangsa kebiadaban Foo Sing. Kredit foto: Facebook
Perbuatan biadab Foo Sing itu telah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh negara pada tahun lalu.
Semoga hukuman tersebut menjadi pengajaran kepada Foo Sing agar tidak mengulangi lagi kebiadabannya pada masa akan datang. - CARI |