Kredit foto: Instagram Adam Corrie Lee
Pelakon Adam Corrie Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah menyeru orang ramai agar berhenti daripada terus memberikan perhatian kepada mana-mana individu yang tidak menghormati agama.
"Hari-hari cerita pasal dia. Cukup!!! Hentikan beri perhatian kepada sesiapa sahaja yang sengaja cetuskan kemarahan, tak menghormati agama dan sebagainya.
"Jelas dia memang suka akan perhatian. Kecaman baginya adalah perhatian. Hentikan update posting gambar-gambar dan nama dia setiap hari," tulisnya di ruang kapsyen.
Biarpun tidak menyebut secara langsung nama mana-mana individu, orang ramai percaya entri tersebut ditujukan kepada usahawan kosmetik yang mencetus kontroversi apabila berkeras untuk 'menjadi wanita' ketika mengerjakan umrah.
Perkongsian Adam itu kemudian menerima pelbagai respons dari netizen yang bersetuju dengannya.
Kredit foto: Instagram Adam Corrie Lee
Betul lah kata Adam tu. Selagi kita asyik berkongsi, secara tak langsung kita beri perhatian dan dalam masa yang sama kita pun mencatit dosa tanpa sedar pula. - CARI
|